Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Punca Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014 Ditolak

$
0
0
Punca Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014 Ditolak

Punca Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014 DitolakPontian: Kira-kira 20 peratus permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 ditolak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas didapati tidak layak, selain ada yang menggunakan Mykad yang tidak wujud.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata, banyak faktor menyebabkan permohonan ditolak termasuk semakan data mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 berbanding kelayakan yang ditetapkan. 


Beliau berkata, selain itu ada pemohon meletakkan nama ibu bapa sebagai tanggungan menyebabkan permohonan ditolak kerana ibu bapa adalah tanggungjawab anak. 

Pemohon masih boleh mengemukakan rayuan kepada LHDN untuk dipertimbangkan semula” Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan

Boleh kemuka rayuan

“Ada juga nombor Mykad pemohon tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.

“Bagaimanapun, pemohon masih boleh mengemukakan rayuan kepada LHDN untuk dipertimbangkan semula,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gotong Royong Denggi Bersama Pemimpin, di Kampung Seri Mahkota, Pontian Besar, dekat sini semalam.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Pontian, Dr Norashikin Mahadan dan Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pontian, Raja Abdullah Raja Aris. 


Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, berkata borang rayuan boleh didapati di pejabat LHDN atau dimuat naik menerusi laman web rasmi LHDN - BH Online


Download Borang Rayuan BR1M 3.0 Di SINI




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>