Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kementerian Pendidikan Nafi Keluarkan Iklan 'Pusat Urusetia Pengambilan Pelajar'

$
0
0
'Pusat Urusetia Pengambilan Pelajar'
Kementerian Pendidikan Nafi Keluarkan Iklan 'Pusat Urusetia Pengambilan Pelajar'Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan kononnya mengeluarkan atau mengedarkan surat panggilan temuduga untuk tawaran biasiswa dan pinjaman pendidikan program institusi pengajian tinggi di UiTM, UPM, USM, Uniten serta universiti luar negara.


Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam kenyataan di sini, hari ini, memaklumkan, ini berikutan aduan diterima KPM mengenai iklan yang dikeluarkan pihak yang dikenali sebagai 'Pusat Urusetia Pengambilan Pelajar'. 
"KPM juga tiada kaitan dengan iklan berkenaan dan menegaskan supaya ibu bapa 
dan pelajar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan iklan tersebut," menurut 
kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai mempunyai pertanyaan berkaitan diminta menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi melalui talian 03-8870 6767/6777 atau melayari laman web rasmi kemasukan di http://upu.moe.gov.my. - myMetro



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604