Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Menakjubkan Wanita Selamat Selepas 14 Hari Terapung Di Laut

$
0
0
Wanita Selamat Selepas 14 Hari Terapung Di Laut
Menakjubkan Wanita Selamat Selepas 14 Hari Terapung Di LautJAKARTA: Pantang maut sebelum ajal. Itulah yang dialami seorang wanita selepas hanya bergantung kepada air hujan untuk hidup selepas terapung di laut selama dua minggu.
Susanti, 32, yang berasal dari Desa Lebo dalam daerah Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, ditemui oleh dua nelayan di laut pagi tadi.
Ketua Polis Wilayah Poso Kota, Urbanus Songgo berkata kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki Susanti dan suaminya, Toni, 33, terbalik dilambung ombak ketika memancing ikan di laut.

"Dari keterangan mangsa, dia sudah 14 hari terumbang-ambing di laut. Dia boleh bertahan hidup kerana minum air hujan. Wanita ini diselamatkan dua nelayan yang berasal dari Tegalredjo, Poso, kira-kira 11 pagi tadi," kata Urbanus yang dipetik akhbar Kompas.com pada Isnin.

Urbanus berkata daripada keterangan dua nelayan berkenaan, Sudirman, 30, dan
Aco, 36, mereka melihat sebuah bot terbalik dan seorang wanita yang berada dalam
keadaan lemah.

"Kedua-dua nelayan itu membawa mangsa ke klinik berdekatan. Sehingga kini,
suami Susanti belum ditemui," katanya - myMetro




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>