Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Johor Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia 2017

$
0
0
Menang Piala Malaysia 2017 - Kedah atau Johor Cuti Esok. Esok cuti umum 5 November 2017, Ahad jika JDT atau Kedah menang Piala Malaysia 2017? Berita baik buat kedua-dua rakyat Negeri Johor dan Kedah. Pertembungan merebut piala berprestij bolasepak di Malaysia iaitu final Piala Malaysia 2017 akan berlangsung malam ini, 4 November 2017. Perlawanan akhir bakal menemukan JDT vs Kedah. 

Kerajaan Johor mungkin akan mengumumkan cuti khas peristiwa pada hari Ahad sekiranya pasukan bolasepak JDT berjaya memenangi final Piala Malaysia 2017. Kerajaan Kedah juga mengumumkan esok 5-11-2017 adalah cuti umum jika Kedah menang Piala Malaysia 2017.


  • JDT menewaskan Kedah 2-0 pada aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2017

Johor atau kedah Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia 2017

Johor Dan Kedah Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia 2017

Berikut dikongsikan makluman berkaitan cuti umum esok buat Johor atau Kedah jika memenangi Piala Malaysia 2017.

JOHOR

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, cuti peristiwa khas itu diberikan sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, selain menghargai kerja keras pasukan Harimau Selatan itu untuk bergelar juara. “Jika Johor Darul Takzim (JDT) berjaya meraih kemenangan, pengisytiharan itu adalah sebagai rakaman ucapan terima kasih kepada pemain serta penyokong yang telah berjaya membawa pulang kejuaraan tersebut buat pertama kalinya sejak 25 tahun. 

“Ia juga sebagai menghargai sokongan padu rakyat Johor kepada pasukan JDT, sehingga membolehkan pasukan itu mencipta kejayaan demi kejayaan selama ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Johor Bahru pada Selasa. 

Katanya, titah Sultan Johor itu dihebahkan awal sekaligus menzahirkan keprihatinan baginda terhadap rakyat negeri itu untuk memudahkan mereka membuat persediaan awal mengurus pekerjaan dan rutin harian lain. Beliau turut meminta semua peminat setia pasukan bola sepak Johor untuk memenuhi Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi memberikan sokongan penuh kepada JDT. 

“Marilah kita tunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi serta semangat kesukanan yang tinggi demi memastikan lakaran sejarah kejayaan pasukan kita dapat direalisasikan pada pertemuan akhir itu,” ujar Azmi. Azmi juga menasihatkan penyokong supaya saling menghormati sesama peminat bola sepak yang lain. Sumber

Terkini selepas kemenangan JDT ke atas Kedah

Kerajaan Negeri Johor telah mengisytiharkan cuti khas peristiwa esok (Ahad), 5 November 2017 susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berjaya menjuarai Piala Malaysia dan seterusnya menamatkan penantian selama 26 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani selepas perlawanan JDT vs Kedah berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor, malam ini.

"Ini satu kejayaan bersejarah selepas 26 tahun Johor tidak memenangi Piala Malaysia dan pengumuman cuti ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor," 

Beliau berkata pengumuman cuti itu sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang memperkenankan cuti peristiwa itu sekiranya pasukan JDT muncul juara.

Pemberian cuti itu juga selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369). BERNAMA

KEDAH

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan esok cuti umum buat Kedah jika memenangi Piala Malaysia 2017. Beliau turut mengumumkan ganjaran kepada pemain dan pegawai pasukan Kedah sebanyak RM50,000 seorang berbanding RM25,000 tahun lepas.

Apa-apa pun nantikan perlawanan menarik final Piala Malaysia diantara JDT vs Kedah. Tahniah kepada pasukan yang menjuarai Piala Malaysia 2017. Selamat bercuti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604