Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2017-2018 Online. Anda berminat menyambung pengajian tinggi anda di UiTM? Berita baik menerusi makluman yang dikongsikan dari Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Permohonan UiTM 2017-2018 Online Sesi Akademik 2 (Kemasukan Mac 2018) kini dibuka sehingga 5 November 2017.
Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Permohonan kemasukan ke UiTM MAC 2018 SESI AKADEMIK 2 2017/2018 akan dibuka bermula dari 2 Oktober 2017 (1200 tengahari) sehingga tarikh tutup permohonan UiTM pada 6 November 2017 (1200 tengahari).
Sila muat turun iklan yang lebih jelas di Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.
Selamat membuat Permohonan UiTM 2017-2018 Online Sesi Akademik 2 dan semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan Mac 2018.
Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 Online (SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK)
Untuk panduan pemohon, berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2017/ 2018 Online untuk kemasukan bulan Mac 2018. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh penting permohonan, syarat kemasukan, program yang ditawarkan dan link applikasi permohonan.Permohonan kemasukan ke UiTM MAC 2018 SESI AKADEMIK 2 2017/2018 akan dibuka bermula dari 2 Oktober 2017 (1200 tengahari) sehingga tarikh tutup permohonan UiTM pada 6 November 2017 (1200 tengahari).
Syarat Kemasukan Ke UiTM
Pemohon mestilah :-- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
- Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon
- Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
- Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UiTM
Program Pengajian UiTM Yang Ditawarkan Untuk Sesi Mac 2018
Berikut dikongsikan program pengajian yang ditawarkan :-- SARJANA MUDA
- PENERAPAN
- PROFESIONAL
- PLK
Cara Memohon UiTM Secara Online
Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2017-2018 Online :-- Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 2 Oktober 2017
- Pelajar/ pemohon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di http://pengambilan.uitm.edu.my/anjung
- Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Oktober 2017 (Isnin) hingga 5 November 2017 (Ahad).
- Pembelian hendaklah dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking.
- No. Slip yang dibeli sebelum 2 Oktober 2017 (Isnin) adalah tidak sah untuk permohonan ini.
Maklumat Penting Permohonan UiTM
Semasa Mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda :-- Mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
- Mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
- Membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
- Menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan Mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem
- Membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
- KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
- Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.
IKLAN PERMOHONAN UiTM 2017-2018 SESI AKDEMIK 2
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan kemasukan UiTM Mac 2018 :-Sila muat turun iklan yang lebih jelas di Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.
Selamat membuat Permohonan UiTM 2017-2018 Online Sesi Akademik 2 dan semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan Mac 2018.