Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Januari 2017 Online. Perhatian buat pelajar PT3 tahun 2017 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran. Dikongsikan dari Portal rasmi KPM dimaklumkan bahawa permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan Januari 2018 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2017 akan di buka pada 19 Oktober 2017.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2017, jam 11.59 malam.
Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :-
Alamat BPTV:
Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.
Selamat membuat Permohonan Kolej Vokasional 2018 Dan Sekolah Teknik Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda nanti.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2017, jam 11.59 malam.
- Calon yang tidak dapat mengakses sistem, anda dikehendaki memohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas di SMK
- Semakan keputusan Tawaran KV dan SMT 2017 (16 hingga 22 Jnauari 2017) : Klik SEMAK
- Rayuan permohonan kemasukan KV dan SMT 2017 klik RAYUAN KV
Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Teknik (SMT) Januari 2018 Online
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut :-1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
2. Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
3. Program Kemahiran di :
- Kolej Vokasional KPM
- Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
- GIATMARA
Cara Buat Permohonan KV dan SMT Online
Pemohon perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2018 : Klik https://sptv.moe.gov.my/ .Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2017 seperti berikut:-A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama
- Pentaksiran Pusat (PT3)
- Pentaksiran Sekolah (PS)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Klik PBS untuk memohon
- Syarat Permohonan
- Institusi dan kursus yang ditawarkan : KV/ SMT, ILKA/ILKS dan GIATMARA
B. Murid Lepasan PAV
- Klik PAV untuk memohon
- Syarat Permohonan
- Senarai Institusi Dan Kursus Yang Ditawarkan
Syarat Umum
- i. Warganegara
- ii. Tingkatan Tiga Tahun 2017
- iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
- iv. Bebas daripada Penyakit Kronik
Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :-
- Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan
- Syarat Permohonan
- Carta Alir Permohonan
- Info Kursus
- Panduan Permohonan
- FAQ
Alamat BPTV:
Aras 6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03-88845154
Unit Pengambilan dan Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089
Semakan Keputusan Kemasukan Ke KV Dan SMT 2018
Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my atau BPTVmulai (akan dikemaskini). Tahun lepas pada 16 Januari hingga 22 Januari 2017.Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.
Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusiyang terlibat untuk membuat rayuan
mulai (akan dikemaskini), Tahun lepas pada 26 Januari sehingga 28 Februari 2017.
Selamat membuat Permohonan Kolej Vokasional 2018 Dan Sekolah Teknik Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda nanti.