Borang Online Permohonan Asrama 1Malaysia A1M 2018. Satu lagi permohonan asrama untuk pelajar kini dibuka. Dimaklumkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M)telah dibuka sehingga8 Disember 2017.
Pelajar Darjah 6 tahun 2017 yang menduduki peperiksaan UPSR dan yang berminat boleh merujuk kepada perkongsian di bawah ini untuk maklumat borang permohonan dan Brosur A1M.
Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 Tahun 2017 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan termasuk sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.
Semoga pemohon yang membuat Permohonan 2018 Asrama 1Malaysia A1M KPM kali ini berjaya mendapat tawaran kemasukan. Tahniah.
Pelajar Darjah 6 tahun 2017 yang menduduki peperiksaan UPSR dan yang berminat boleh merujuk kepada perkongsian di bawah ini untuk maklumat borang permohonan dan Brosur A1M.
PERMOHONAN KEMASUKAN ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) TINGKATAN 1 KPM 2018
Untuk makluman, Asrama 1Malaysia (AIM) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama yang berdasarkan konsep 1Malaysia. A1M mula dilaksanakan di KL pada tahun 2010. Pendaftaran kohort pertama Tingkatan 1 adalah pada 9 Mei 2010 sebelum berpindah ke Jalan Kuantan, KL.Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 Tahun 2017 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan termasuk sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.
Borang Permohonan A1M 2018
Sila klik link di bawah ini untuk muat turun borang dan brosur :-Syarat-Syarat Permohonan A1M 2018 Tingkatan 1
- Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2018 sahaja.
- Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
- Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
- Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
- Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- a Sijil lahir / kad pengenalan pemohon dan ibu bapa
- b Salinan Keputusan UPSR 2017
- c. Sijil Berhenti Sekolah
- d. Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa
- e. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
- f. Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan)
- Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD
Sekolah Yang Menawarkan Asrama 1Malaysia
Murid-murid yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:BIL | ASRAMA 1MALAYSIA | NAMA SEKOLAH | |
---|---|---|---|
1 | A1M KUALA LUMPUR | SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR | LELAKI SAHAJA |
2 | A1M JOHOR | SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR | PEREMPUAN SAHAJA |
3 | A1M SABAH | SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH | LELAKI & PEREMPUAN |
4 | A1M SARAWAK | KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK | LELAKI & PEREMPUAN |
Maklumat Permohonan A1M 2018
- Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.
- Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada hari Selasa, 2 Januari 2018 - Selasa (Tingkatan 1)
- Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 8 Disember 2017 (Jumaat).
- Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017
- Unit Asrama
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
- Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
- Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
- 62604 WP Putrajaya
Semoga pemohon yang membuat Permohonan 2018 Asrama 1Malaysia A1M KPM kali ini berjaya mendapat tawaran kemasukan. Tahniah.