Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Program My Lesen JPJ Dengan Diskaun 50 Peratus Mulai Mei 2014

$
0
0
Program My Lesen JPJ
Program My Lesen JPJ Dengan Diskaun 50 Peratus Mulai Mei 2014 | Program My Lesen yang memberi peluang kepada 3.5 juta penunggang motosikal memiliki lesen bakal dilancarkan Mei ini.
Program yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu memberi potongan harga 50 peratus bagi setiap permohonan dan ujian mendapatkan lesen motosikal.
Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Yusoff Ayob berkata, harga yang ditawarkan hanya RM198 berbanding RM350 hingga RM450 yang dikenakan institut memandu ketika ini. 
Menurutnya, pihaknya mendapati kebanyakan penunggang motosikal tidak mempunyai lesen adalah golongan belia yang berusia antara 16 hingga 30 tahun. 
Katanya, My Lesen adalah antara pendekatan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan kerana penunggang motosikal akan diajar mengenai kaedah pemanduan selamat dan undang-undang jalan raya sebelum diberi lesen. 

Beliau berkata demikian selepas meninjau Ops Khas Pengarah di Jalan Senawang, di sini, malam tadi. 

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 891 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 180 kenderaan dikenakan tindakan saman, notis larangan dan arah periksa - myMetro




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604