Selepas kejayaaan dalam beberapa sirinya yang lepas dan berjaya mencipta fenomena tersendiri, MasterChef Malaysia kembali dengan Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS).
Menariknya kali ini MCMAS menampilkan 20 peserta yang bakal berentap merebut gelaran juara dan mereka merupakan 10 selebriti popular yang pernah menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia dan 10 bekas peserta ‘favourite’ MasterChef Malaysia.
Antara peserta yang kembali memanaskan dapur MCMAS ialah
1) Azwan Ali,
2) Karl Shafek,
3) Soo Wincci,
4) Raja Azmi,
5) Kenchana Dewi,
6) Celina Khor,
7) Sharifah Shahora,
8) Michael Ang,
9) Syanie,
10) Enot,
11) Brian,
12) Imelda,
13) Zamir,
14) Che lah,
15) Ah Hong,
16) Along,
17) Azlina,
18) Azni,
19) Ary Malik dan
20) Shahriah.
Kesemua 20 peserta ini disatukan di dapur untuk mengejar satu misi iaitu bergelar juara disamping beramal kepada badan-badan kebajikan yang mereka wakili.
Membawa tema ‘Hidangan Pembalasan’ para peserta musim ini kembali dengan peluang kedua bagi menyahut cabaran untuk beraksi d idapur MCMAS.
Nampaknya ‘pertarungan’ sebenar bakal berlaku kerana kesemua peserta mempunyai kelebihan dan kemahiran mereka yang tersediri.
Mengekalkan konsep dan format yang sama MCMAS masih menggabungkan tiga juri musim terdahulu iaitu Chef Johari atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir dan Chef Adu Amra untuk mengadili peperangan sengit di dapur MCMAS.
MCMAS bakal bersiaran pada setiap Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), bermula 23 November ini!
Bagaimanapun, siapa lagi selebriti yang bakal memenangi peperangan di dapur MCMAS nanti sama-sama kita tunggu! - Astro Gempak