Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Harga Proton Ertiga MPV Dan Gambar/ Spesifikasi

$
0
0
Harga, Gambar Dan Spesifikasi Proton Ertiga MPV Terbaru. Proton telah melancarkan model terbaru MPV, iaitu Proton Ertiga hasil kerjasama strategik dengan Suzuki. Harga bermula dari RM58,800 sehingga RM64,800. Pelancaran ini sekaligus menjadikan tahun 2016 adalah tahun aktif buat Proton. Sebelum ini 3 model baru telah dilancarkan iaitu Perdana, Persona dan Saga Baru. Pelancaran model baru ini bakal bersaing dengan Perodua Alza dan Toyota Avanza yang berada dalam MPV segmen B.

proton ertiga side

Proton Ertiga MPV Terbaru 2016

Model Proton Ertiga MPV terbaru ini dibangunkan berasaskan kepada model Suzuki Ertiga dan merupakan kenderaan pertama keluaran dari Proton yang mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV). Antara yang menarik terdapat pada kereta kompak MPV ini adalah jimat minyak, ruang yang luas, pemanduan selesa dan senyap.

Enjin

  • Enjin petrol 1.4 Liter dengan VVT

Varian

Ditawarkan dalam 2 varian iaitu :
  1. Transmisi automatik empat-kelajuan
  2. Manual lima-kelajuan

Aspek Keselamatan

MPV Ertiga baru mempunyai dua airbag (beg udara) di bahagian hadapan, sistem brek ABS + EBD dan stereng kuasa elektronik.

Harga Proton Ertiga MPV Baru 2016

Pasti ramai yang ingin mengetahui berapakah harga Proton Ertiga MPV baru ini. Ianya akan dijual pada harga berikut :-
  • 1.4L Executive MT :RM58, 800
  • 1.4L Executive CVT : RM61,800
  • 1.4L Plus CVT) : RM64,800

Warna Yang Ditawarkan

Empat pilihan warna ditawarkan kepada pembeli iaitu  :-

  • Ruby Red
  • Carnelian Brown
  • Cotton White
  • Metal Grey

Mampukah Proton Ertiga menjadi model MPV terlaris di Malaysia? Jom lihat gambar menarik MPV terbaru ini.

Gambar Proton Ertiga

proton ertiga front and rear

proton ertiga side

proton ertiga bonet

proton ertiga stereng
Sumber Gambar : Proton

Kepada yang berminat, jom pergi ke pusat pameran Proton Edar yang berdekatan untuk menikmati kehebatan Proton Ertiga baru ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>