Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Jersi Baru Harimau Malaysia 2016-2018

$
0
0
Jersi Baru Harimau Malaysia 2016-2018. Cantik tak jersi baru Nike Harimau Malaysia? Selepas pelancaran logo baru pada September 2016 kini giliran jersi baru Harimau Malaysia pula dilancarkan. Majlis pelancaran jersi skuad bolasepak kebangsaan telah berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada 15 November 2016. Jersi baru akan dipakai pada Kejohanan Bolasepak Piala AFF Suzuki 2016 bermula Ahad ini. Pelancaran jersi Harimau Malaysia juga bersempena dengan kerjasama 10 tahun Nike dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jersi Baru nike harimau malaysia

Jersi Baru Harimau Malaysia 2016-2018

Berikut dikongsikan gambar jersi baru Harimau Malaysia beserta dengan pembaharuan/ kelainan yang terdapat dari jersi sebelumnya. Berikut dikongsikan maklumat jersi beserta gambar-gambar menarik yang dapat dikongsikan dari Laman Web Harimau Malaysia.
  1. Jersi Harimau Malaysia untuk 2016-2018
  2. Menggunakan Logo FAM dan bukannya bendera Malaysia
  3. Warna Jersi 'HOME' dengan warna utama hitam menggantikan warna kuning pada jersi sebelumnya
  4. Jersi 'AWAY' dengan warna utama putih
  5. Harga adalah RM289.00. Akan mula dijual mulai hari Rabu, 16 November 2016 di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara

Gambar Jersi Baru Nike Skuad Bolasepak Kebangsaan

Berikut adalah gambar-gambar jersi baru Harimau Malaysia yang menarik dan sedikit berlainan dari jersi sebelumnya.

home
home and away

Semoga dengan pelancaran jersi baru Harimau Malaysia ini mampu menaikkan semangat pemain dalam menjuarai Piala AFF Suzuki 2016 nanti. Semoga skuad bolasepak kebangsaan terus berjaya. Gambar kredit : FB Harimau Malaysia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>