Tarikh Dan Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu'a Bulan Muharram2016. Puasa sunat Bulan Muharram, bulan pertama dalam Kalendar Islam. Berikut disertakan Niat Puasa Hari Tasu'a Dan Asyura 9 dan 10 Muharram sebagai panduan kepada umat Islam semua. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW. bersabda, maksudnya:
![Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu'a Bulan Muharram tarikh puasa asyura 2016]()
Berikut adalah niat puasa sunat dalam bulan Muharram.
![Niat Puasa Hari Tasu'a Niat Puasa sumat bulan Muharram]()
Sumber : Bahagian Dakwah JAKIM & Shafiqolbu
Selamat berpuasa sunat Hari Asyura dan Hari Tasu'a di Bulan Muharram. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT.
"Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."

Tarikh Dan Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu'a Bulan Muharram
Berikut adalah tarikh berpuasa hari Tasu'a dan Hari Asyura tahun 2016 :-Isnin: 10 Oktober 2016
- Puasa Sunat 9 Muharam (Tasu'a) dan Puasa Sunat Hari Isnin
Selasa : 11 Oktober 2016
- Puasa Sunat 10 Muharram (Asyura)
Rabu : 12 Oktober 2016
- Puasa Sunat 11 Muharram
Berikut adalah niat puasa sunat dalam bulan Muharram.
A. Niat puasa Hari Kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)

B. Niat puasa Hari Kesepuluh Muharam (Hari Asyura)

Sumber : Bahagian Dakwah JAKIM & Shafiqolbu
Huraian Hadith
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu adalah untuk :- i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharram) sahaja.
- ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
- iii. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.
Selamat berpuasa sunat Hari Asyura dan Hari Tasu'a di Bulan Muharram. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT.