Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan SBP 2017 Tingkatan 1 Dan 4 Online

$
0
0
Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 Tingkatan 1 Dan 4. Anda berminat memohon kemasukan ke SBP terbaik di Malaysia? Berita baik, untuk calon lepasan UPSR dan PT3 tahun 2016 yang berkelayakan dan berminat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2017 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, permohonan kemasukan ke SBP akan di buka pada Oktober dan Disember 2016 nanti. Selain SBP, pelajar juga boleh memohon ke MRSM dimana tarikh tutup permohonan lebih awal pada 21 Oktober 2016.

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Permohonan kemasukan ke SBP 2017 akan di buka secara online mengikut tarikh seperti dinyatakan di bawah ini.
 
PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2017TARIKH/ LINK
TARIKH BUKA15 OKTOBER 2016
TARIKH TUTUP 15 NOVEMBER 2016
APPLIKASI PERMOHONAN (Akan dikemaskini)https://sst1.moe.gov.my/
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN & eRayuan (Tarikh akan dikemaskini) Klik Tingkatan 1

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2017TARIKH/ LINK
TARIKH BUKA1 DISEMBER 2016
TARIKH TUTUP 30 DISEMBER 2016
APPLIKASI PERMOHONAN (Akan dikemaskini)https://sst4.moe.gov.my/
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN & eRayuan (Akan dikemaskini)Klik Tingkatan 4

Sila layari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan ini.

Permohonan Kemasukan 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4 

* Panduan dan syarat kemasukan tahun 2017 akan dikongsikan selepas applikasi permohonan dibuka. Syarat dibawah adalah untuk permohonan tahun 2016 sebagai rujukan.
  • Permohonan  ke  SBP tidak  bersyarat kecuali  dibuka  untuk  murid lepasan Tahun Enam (6) dan Tingkatan Empat (4) 
  • * Permohonan kemasukan    ke    SBP    bagi    tahun    2016 TIDAK MEMERLUKAN pengesahan   mana-mana   pihak   atau   dihantar   ke mana-mana   SBP. 
  • Calon     tidak     perlu     menghantar     sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-mana SBP
  • Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia,Anda boleh semak di SINI  

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1) SBP 2016

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015
  4. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4) SBP 2016

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
  3. Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam PBS
  4. Aktif kokurikulum

PANDUAN PERMOHONAN KE SBP 2016

SEMAKAN TARIKH KEPUTUSAN SBP 2016

  1. Keputusan pemilihan dan penempatan ke  Tingkatan Satu (1) SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan  UPSR  diumumkan.  
  2. Manakala ke Tingkatan Empat, dalam tempoh 30 hari dari tarikh empat  (4)  pelaporan  PBS  Tingkatan  Tiga (3) dikeluarkan
  3. Pemohon boleh membuat semakan keputusan tawaran SBP 2016 di SBP 2016  
Semoga pemohon berjaya dalam permohonan SBP 2017 kali ini. Bagi ibu bapa yang layak menikmati BR1M 2016, bolehlah memohon dan membuat kemaskini BR1M 2016 di Permohonan BR1M 2016.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>