Kuala Lumpur: Selepas dua penemuan imej objek melalui satelit China dan Australia, kerajaan Perancis mengesahkan turut berjaya mengesan objek di kawasan Koridor Selatan, pagi tadi.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, selepas menerima makluman itu, kerajaan terus menghantar data berkenaan ke Pusat Koordinasi Menyelamat Australia untuk tindakan segera.
Katanya, setakat jam 2.30 petang waktu tempatan, pihak Australia memaklumkan tiada sebarang petunjuk ataupun penemuan objek di kawasan Koridor Selatan.
"Beberapa pesawat operasi yang dijadualkan berlepas ke kawasan Koridor Selatan terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk selepas dilanda ribut tropika.
"Beberapa pesawat operasi yang dijadualkan berlepas ke kawasan Koridor Selatan terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk selepas dilanda ribut tropika.
"Selain daripada, Australia turut menghantar sebuah kapal pertahanan 'ocean shield' yang dilengkapi dengan kebolehan untuk mengesan sebarang objek dalam air," dalam kenyataan medianya, sebentar tadi - myMetro
Follow @rossacalla