Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Punca Longgokan 250 Tan Sampah Di Bahu Jalan MRR2

$
0
0
sampah di MRR2

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengesahkan kontraktor yang bertanggungjawab melonggokkan kira-kira 250 tan sampah di bahu jalan MRR2 di Taman Beringin, Kepong pada Sabtu adalah Syarikat Umpan Jaya.

Susulan insiden itu, operasi kontraktor berkenaan telah dihentikan dan Alam Flora Sdn Bhd ditugaskan menguruskan pelupusan sampah sehingga kontraktor baru dilantik 1 April depan.

sampah di mrr2

Menurut Ahmad Phesal pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan kerajaan Tempatan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kontraktor yang bertanggungjawab.
sampah di mrr2

Dalam pada itu, langkah sementara diambil Alam Flora untuk menghantar terus sisa-sisa pepejal dari Kuala Lumpur ke Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Tagar.

Stesen pemindahan sisa pepejal Taman Beringin pula dijangka akan mula beroperasi semula menjelang 30 Disember selepas kerja-kerja membaik pulih kerosakan mesin pemampat dilakukan.
sampah di mrr2


Operasi stesen pemindahan sisa pepejal Taman Beringin 'lumpuh' pada Sabtu apabila mengalami kerosakan mesin pemampat menyebabkan lori-lori sampah bertindak melonggok sampah di bahu jalan sejak malam Jumaat dan mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk di jalan utama berkenaan.


ASTRO AWANI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>