Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Gambar Satelit China Dakwa Temui Objek Besar Di Koridor Selatan

$
0
0
mh370 hilang

SEPANG: Satelit China telah mengesan imej objek-objek yang mungkin berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terapung di koridor selatan.
Maklumat 'panas' tersebut disampaikan oleh Duta China di Malaysia, Huang Huikang kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa taklimat media berhubung kehilangan pesawat itu di sini pada Sabtu.
"Berita yang saya baru terima, Duta China menerima imej statelit objek-objek yang terapung di koridor selatan dan mereka kini menghantar kapal-kapal untuk mengesahkannya," katanya - mStar online
Menurut Astro Awani pula, Satelit pihak berkuasa China merakamkan imej sebuah objek berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar di kawasan Lautan Hindi yang kini menjadi zon tumpuan mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak dua minggu lalu.

Imej itu dirakamkan pada pukul 12 tengahari, 18 Mac lepas di kawasan yang terletak kira-kira 120 kilometer ke arah barat daya dari lokasi dua objek terapung dirakamkan oleh sebuah satelit lain dua hari sebelumnya.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media harian di sini petang tadi selepas menerima nota daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

“Saya ada berita terbaru," kata Hishammuddin sebelum membaca nota bertulis tangan yang ada pada tangannya.

mh370 hilang
Bercakap dengan menggunakan nota tertulis, Hishammuddin berkata objek berkenaan bersaiz 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.
Beliau berkata kerajaan China akan mengumumkan butiran lanjut mengenai perkara itu dalam tempoh beberapa jam lagi.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>