Bonus Raya 2016 Kakitangan Awam. Menjelang ketibaan musim perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, penjawat awam atau kakitangan kerajaan pastinya tertunggu-tunggu samada mereka bakal mendapat bonus raya/ bantuan khas kewangan atau tidak. Pada tahun lepas, penjawat awam telah menerima Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen).
Cupecas ada menyatakan harapan agar penjawat awam diberikan bonus satu bulan gaji bagi mempersiapkan diri/keluarga pada Hari Raya Aidilifitri Julai 2016 nanti. Cuepacs berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri untuk membincangkan isu ini.
Berikut di antara amanat dan butiran pengumuman penting yang telah di buat oleh PM pagi ini :-
Dinasihatkan agar kakitangan awam yang mendapat bonus raya ini dapat menggunakan wang dengan cara yang betul dan berbelanja dengan berhemah.
* Keputusan samada pembayaran bonus raya 2016 untuk kakitangan awam diberi atau tidak akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2016 Kakitangan Awam
Terkini : 8 Jun 2016 - Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas Hari Raya 2016 seperti berikut :-- Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Hari Raya 2016 untuk Kakitangan Awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
- Tarikh Bayaran 13 Jun 2016
- Anggaran peruntukkan : RM1 bilion
Cupecas ada menyatakan harapan agar penjawat awam diberikan bonus satu bulan gaji bagi mempersiapkan diri/keluarga pada Hari Raya Aidilifitri Julai 2016 nanti. Cuepacs berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri untuk membincangkan isu ini.
Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam
Berikut dikongsikan maklumat pemberian bonus raya tahun 2015 yang lepas. Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 14 (MAPPA XIV) 2015 sedang berlangsung pagi ini dan terdapat beberapa pengumuman penting yang akan di buat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang pasti ditunggu-tunggu oleh kakitangan awan terutamanya bonus Hari Raya 2015. Untuk makluman, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dengan tema "Mendepani Realiti Baharu Negara 2015 diadakan seperti ketetapan berikut:- Tarikh : 17hb Jun 2015 (Rabu)
- Masa : 8.30 hingga 11.30 pagi
- Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Berikut di antara amanat dan butiran pengumuman penting yang telah di buat oleh PM pagi ini :-
- Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Hari Raya 2015 untuk Kakitangan Awam (Gred 54 dan ke bawah) sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
- Tarikh Bayaran 25 Jun 2015
- Kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan naik daripada RM180 ke RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 ke bawah mulai 1 Nov 2015
- Penjawat awam yang mendiami kuarters akan terima 25 peratus imbuhan tetap perumahan mengikut kelayakan
Dinasihatkan agar kakitangan awam yang mendapat bonus raya ini dapat menggunakan wang dengan cara yang betul dan berbelanja dengan berhemah.