Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2016 / 1437H. Umum sedia maklum yang umat Islam di Malaysia akan memulakan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan iaitu rukun Islam yang ketiga pada bulan Jun 2016 nanti. Tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2016 bagi menentukan tarikh mula puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad,5 Jun 2016 bersamaan dengan 29 Syaaban 1437 Hijrah. Cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
Berikut adalah tempat melihat anak bulan di seluruh Malaysia pada 5 Jun 2016:-
Tarikh Mula Puasa 2016 (1 Ramadhan 1437H)
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen"
Berikut adalah tempat melihat anak bulan di seluruh Malaysia pada 5 Jun 2016:-
- Pontian Kecil, Pontian (Johor)
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka)
- Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
- Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor)
- Bukit Jugra, Banting (Selangor)
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak)
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah)
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah)
- Menara Alor Setar (Kedah)
- Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu)
- Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu)
- Pulau Perhentian, Besut (Terengganu)
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu)
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan)
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan)
- Tanjong Lubang, Miri (Sarawak)
- Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
- Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang)
- Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang)
- Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan)
- Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya)
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).