Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Rayuan UPU 2016 Online IPTA Dan Politeknik

$
0
0
Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2016-2017 Online. Permohonan rayuan kemasukan UPU Ke IPTA dan Politeknik sesi 2016-2017 akan di buka kepada pemohon yang gagal bermula dari 26 Mei hingga 31 Mei 2016 buat lepasan SPM manakala lepasan STPM pada minggu kedua Ogos 2016. Untuk makluman, semakan UPU 2016 untuk tawaran kemasukan ke universiti awam (UA - dahulunya IPTA) dan Politeknik Premier adalah seperti berikut :-

Rayuan UPU 2016 Online

Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak seperti berikut :-
  • Calon lepasan SPM/ Setaraf - 16 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016
  • Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu kedua Ogos 2016 
    1. Politeknik Konvensional : 26 Mei 2016 jam 200 petang. Semakan penempatan pelajar pada 30 Mei 2016 jam 200 petang
     
Pemohon boleh membuat semakan keputusan UPU 2016 secara online dan merujuk tarikh-tarikh penting kemasukan UPU di Semakan UPU 2016 Online.

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik 2016 Online

Bagi pemohon yang gagal untuk menerima sebarang tawaran ke IPTA (UA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU2016 melalui aplikasi e-Rayuan seperti di bawah ini.
erayuan upu online

Tahniah kepada yang berjaya dan Surat tawaran rasmi dari UA (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA akan dikeluarkan sehari selepas keputusan diumumkan melalui Laman Web masing-masing.


Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web UA (UPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan diumumkan. 

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
 

Bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke UA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke UA atau Politeknik Premier adalah terhad. 

Dasar KPM adalah tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam UA atau Politeknik Premier atau antara UA atau Politeknik Premier. Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad.

Tarikh Permohonan e-Rayuan UPU 2016

Cara membuat permohonan e-Rayuan UPU 2016 dan panduan tarikh penting rayuan adalah seperti berikut:
  • Bagi calon lepasan SPM/setaraf
    (26 Mei hingga 31 Mei 2016 : Minggu akhir Mei 2016) Rayuan dalam tempoh 5 hari
  • Bagi calon lepasan STPM/setaraf
    (Minggu ke-2 Ogos 2016) *Rayuan dalam tempoh 5 hari
* Tarikh sebenar akan dikemaskini dari masa kesemasa

Keputusan Rayuan UPU 2016

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Semakan keputusan rayuan UPU 2016

  1. Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.

    ♦ Tarikh semakan dibuka

    • Bagi calon lepasan SPM/setaraf
      Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
      (Minggu ke-2 Jun 2016)
      Klik http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk semakan
    • Bagi calon lepasan STPM/setaraf
      Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
      (Minggu ke-4 Ogos 2016)

    ♦ Cara buat semakan

    • Semakan secara online
      Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah:
      Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016  - http://upu.mohe.gov.my/web/
    • Semakan melalui SMS
      Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
      Taipkan:
      UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]
      Contoh: UPU  RESULT  970222016745
      Hantarkan SMS ke 15888
Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal.

Selamat membuat permohona erayuan UPU 2016 online dan semoga anda berjaya diterima masuk ke UA yang dihajati. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>