Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Semakan BR1M 2016 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

$
0
0
Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2016.Hendak tahu status permohonan dan rayuan BR1M 2016 anda samada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BR1M 2016 secara online dan sebagainya. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016/5.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima dengan satu kategori baru ekasih.

Borang Rayuan BR1M 2016 beserta panduan membuat rayuanbagi mereka yang gagal sila klikRayuan BR1M 2016. Menurut Hotline LHDN, tarikh semakan status rayuan BRIM 2016 dijangka diumumkan pada hujung Mei 2016.
Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 4 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BR1M 2016 :- 

Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2016

Semakan status permohonan dan rayuan BR1M 2016 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semak Online

  • Boleh disemak di STATUS BR1M 2016.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. 
Contoh: 860424035123 

Status Permohonan

Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-
  1. Diterima  :  Permohonan Telah Didaftar
  2. Dalam Proses  :  Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  3. Ditangguhkan :  Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohondan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asaluntuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. 
Berikut adalah status jawapan dari LHDN mengenai pembayaran BR1M 2016 yang masih belum dijelaskan.
Harap maklum, pemprosesan atau pembayaran adalah secara berperingkat.
status br1m 2016
 Pemohon bolah layari Facebook LHDN di LHDN Malaysia.
 

    2. Semakan Melalui e-Mail

    • Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

    3. Semakan Melalui Telefon

    • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

    Terkini

    Dikongsikan dari FB LHDN, semakan status kelulusan BR1M 2016 secara online boleh dibuat mulai 28 Januari 2016. Difahamkan penerima BR1M tahun ini telah menerima pembayaran seawal 26 Januari 2016.

    semakan status kelulusan br1m 2016

    Borang Permohonan BR1M 5.0 Tahun 2016 Online

    Permohonan Online dan kemaskini BRIM 5.0 tahun 2016 telah dibuka pada  5 Disember hingga 31 Disember 2015 di https://ebr1m.hasil.gov.my/

    * Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. 

    * Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma di link download di bawah ini
    Sebagai makluman, senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016 adalah disertakan di bawah ini.

    Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2016 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.

    SYARAT KELAYAKAN

    1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
    2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
    3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
    4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
    5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.

    Semakan Status dan syarat kelayakan Permohonan BR1M 2016

    Kemukakan Salinan:

    1. MyKad bagi pemohon
    2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
    3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
    Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
    Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.

    Tarikh Pembayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia

    1. Kategori Baru e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulah: Jumlah Bantuan RM1050

    • Daftar Borang eKasih
    • Ansuran Pertama : RM250 (28 Januari 2016)
    • Ansuran Kedua : RM250 (28 April 2016)
    • Ansuran Ketiga : RM300 (23 Jun 2016)
    • Ansuran Keempat : RM250 (28 September 2016)

    2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,000

    • Ansuran Pertama : RM250 (28 Januari 2016)
    • Ansuran Kedua : RM250 (28 April 2016)
    • Ansuran Ketiga : RM250 (23 Jun 2016)
    • Ansuran Keempat : RM250 (28 September 2016)

    3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM800

    • Ansuran Pertama : RM200 (28 Januari 2016)
    • Ansuran Kedua : RM200 (28 April 2016)
    • Ansuran Ketiga : RM200 (23 Jun 2016)
    • Ansuran Keempat : RM200 (28 September 2016)

    4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM400

    • RM400 pada 28 Januari 2016

    SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2016


    BILNAMA BANK
    1AFFIN BANK
    2AGRO BANK
    3ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
    4AM BANK BERHAD
    5AL RAJHI BANK
    6BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
    7BANK RAKYAT
    8MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
    9BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
    10CIMB BANK BERHAD
    11CITIBANK BERHAD
    12HONG LEONG BANK
    13HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
    14MAYBANK
    15OCBC BANK
    16PUBLIC BANK BERHAD
    17RHB BANK BERHAD
    18STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
    19UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

    Semoga semua pemohon BR1M 2016 yang layak berjaya dalam permohonan dan rayuan anda.

    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 5604


    <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>