Senarai Negara Yang Terlibat Dalam Misi Mencari MH370 | Jumlah negara yang terlibat dalam mengesan penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu meningkat kepada 25 buah negara setakat ini.
THE COUNTRIES ANSWERING MALAYSIA'S CALL FOR HELP
The countries helping the hunt for missing flight MH370 are:
Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, France, India, Indonesia, Japan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Philippines, Russia, Singapore, South Korea, Thailand, Turkmenistan, UAE, UK, U.S., Uzbekistan and Vietnam.
Assistance requested from all these countries, where applicable, is radar and satellite information, land, sea and aerial search operations and search and rescue action plans of those countries.
Selain itu, Malaysia turut meminta negara-negara terbabit untuk membantu menyalurkan bantuan lanjut termasuk data satelit dan analisis, data radar dan aset maritim.
Pada masa sama, kerajaan turut sedang melakukan perbincangan rasmi dengan semua negara-negara itu mengenai penggunaan aset untuk melakukan pencarian di dua koridor yang mendapat isyarat 'ping' dari enjin pesawat kepada satelit baru-baru ini.
"Pasukan pencarian dari koridor utara dan selatan kini sedang berbincang mengenai penggunaan aset terpenting.
"Koridor utara merangkumi negara seperti India, Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan akan melakukan pencarian di Lautan Hindi," katanya kenyataan tersebut.
Agensi berita AFP pada Ahad melaporkan bahawa India akan melakukan misi pencarian di Teluk Bengal, Andaman dan Nicobar selepas mendapat kelulusan dari Malaysia.
"Kesemua operasi belum dijalankan kerana kami sedang mendapatkan arahan dari Malaysia, tiada pesawat diterbangkan pada Sabtu manakala aset maritim telah berpindah ke kawasan baru pencarian," kata jurucakap tentera India Kolonel Harmit Singh - Daily Mail & mStar online