Panduan Dan Borang Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017.Kemasukan Dan Tukar Jurusan. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2016/ 2017 akan diumumkan pada 14 April 2016. Pada tahun lepasianya telah diumumkan pada 15 April 2015 bermula jam 1201 pagi. Pendaftaran pelajar adalah pada 5 Mei 2015. Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan dan mengikuti panduan serta langkah-langkah berikut:-
Kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2016 adalah secara tawaran oleh KPM dan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2015 boleh membuat semakan secara online di applikasi semakan bermula dari 14 April 2016.
Bagi mereka yang gagal, pelajar boleh merayu dengan merayu secara online di https://sst6.moe.gov.my/ mulai 14 April 2016 sehingga 27 Mei 2016. Terdapat lima kategori rayuan Tingkatan 6 2016 dan sila klik link borang untuk memuat turun/ download borang.
* Untuk panduan lengkap dan muat turun (download) borang akan dikemaskini dari masa kesemasa
1. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
CARA BUAT RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2016
* Akan dikemaskiniKemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2016 adalah secara tawaran oleh KPM dan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2015 boleh membuat semakan secara online di applikasi semakan bermula dari 14 April 2016.
Bagi mereka yang gagal, pelajar boleh merayu dengan merayu secara online di https://sst6.moe.gov.my/ mulai 14 April 2016 sehingga 27 Mei 2016. Terdapat lima kategori rayuan Tingkatan 6 2016 dan sila klik link borang untuk memuat turun/ download borang.
NO | JENIS RAYUAN | TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP | SYARAT | JENIS BORANG | TEMPAT HANTAR |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Calon SPM 2015 yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 (Untuk kelonggaran syarat Koko) | 14 APRIL 2016 | 27 MEI 2016 | Jurusan Kemanusiaan : 13 hingga 16 Unit. Jurusan Sains - Tiada | T6BKK ONLINE | Salinan HARD COPY perlu dihantar ke Sekolah Pusat Tingkatan Enam |
2 | Rayuan Umum. Menolak tawaran matrikulasi, IPTA, IPTS/ tiada penempatan/ Calon Kertas Julai Ulangan 2015/ cukup syarat tetapi tidak ditawarkan/ tercicir/ lain-lain | 14 APRIL 2016 | 27 MEI 2016 | Cukup syarat kemasukan : Kepujian BM, Lulus Sejarah dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak lebih 12 | T6BRU | Sekolah Pusat Tingkatan 6 |
3 | Calon persendirian dan swasta | 14 APRIL 2016 | 27 MEI 2016 | T6BCP | Sekolah Pusat Tingkatan 6 | |
4 | Bukan Warganegara | 14 APRIL 2016 | 12 MEI 2016 | Rujuk Unit Perhubungan dan Pendaftaran | ||
5 | Tukar Jurusan | 14 APRIL 2016 | 27 MEI 2016 | RTJT6 | Sekolah |
* Untuk panduan lengkap dan muat turun (download) borang akan dikemaskini dari masa kesemasa
PANDUAN MENGISI BORANG RAYUAN TINGKATAN 6
* Akan dikemaskini1. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- i. Keputusan peperiksaan SPM 2015
- ii. Sijil kelahiran,
- iii. Kad pengenalan/passport
- iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan
- v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.
2. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada
Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/
Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/
Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2016 (Tahun lepas pada 4 Jun 2015). Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yangtelah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
- ii. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-manamata pelajaran lain;
- iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am - Syarat kemasukan Tingkatan 6 sila Klik di Syarat AM ; dan
- iv. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplinyang baik
5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 13 & 14 Jun 2016
7. Murid hendaklah melapor diri mulai 4 Mei 2016 (Rabu). Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran.
8. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Selamat membuat Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2016 dan semoga anda berjaya.
Selamat membuat Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2016 dan semoga anda berjaya.