Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Semakan Keputusan IPG 2016 Online

$
0
0
Semakan Keputusan Tawaran IPG 2016 Online. Anda telah membuat permohonan IPG 2016 (PISMP) dan ingin mengetahui tarikh keputusan IPG diumumkan? Umum sedia maklum yang Permohonan Calon Guru IPG PISMP 2016 dahulunya Maktab Perguruan akan di tutup pada 27 Mac 2016. Pemohon pasti menunggu dengan penuh debaran samada permohonan mereka berjaya atau tidak dalam mengejar impian menjadi guru atau cikgu. Oleh itu, nantikan Semakan Keputusan IPG PISMP 2016 Online yang akan diumumkan pada 6 Jun 2016 nanti. 

Untuk peringatan kepada pemohon semua, sila buat persediaan secukupnya bagi menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga seperti panduan di link yang dikongsikan di bawah ini.
  • Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru, klikUKCG 
  • Contoh Soalan UKCG - INSAK 

Semakan Keputusan IPG PISMP 2016 Online

Mengikut kalendar aktiviti Program PISMP 2016, terdapat beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum pemohon diterima atau layak untuk memasuki IPG seperti berikut :-
semakan PISMP 2015 Online
  • 5 hingga 14 April 2016 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 10 April hingga 15 April 2016 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
  • 2 Mei hingga 19 Mei 2016 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 9 Mei hingga 20 Mei 2016 - Pelaksanaan Sesi temuduga IPG. (Sila bawa bersamaSurat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)
  • 6 Jun hingga 13 Jun 2016 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2016. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 13 Jun 2016 - Pendaftaran calon di IPG

Cara Buat Semakan Keputusan IPG 2016 Online

Link applikasi semakan nama calon yang berjaya menduduki UKCG dan semakan tawaran yang berjaya ke IPG 2016 akan diumumkan di   
  • Applikasi semakan di https://pismp.moe.gov.my/ 
  • Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan
  • Tarikh semakan mulai 6 Jun hingga 13 Jun 2016

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :                      
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769

Selamat membuat Semakan Keputusan IPG 2016 Online dan semoga anda semua berjaya memasuki profesion perguruan yang sungguh mulia ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604