Piala Thomas 2016 Keputusan Undian Kumpulan. Kejohanan badminton berprestij secara berpasukan, Piala Thomas 2016 (Lelaki) dan juga Piala Uber (wanita) akan kembali lagi di Kunshan, China bermula dari tarikh 15 Mei hingga 22 Mei 2016. Pusingan akhir Piala Thomas 2016 akan menyaksikan 16 pasukan bersaing dalam 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan.
Malaysia yang berjaya layak ke pusingan akhir Piala Thomas 2016 telah diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, England dan Jerman dalam undian yang diadakan pada 21 Mac 2016. Jepun adalah juara bertahan Piala Thomas manakala China untuk Piala Uber. Skuad wanita Piala Uber Malaysia pula diundi dalam Kumpulan A bersama China, Denmark dan Sepanyol.
Senarai pemain Malaysia masih belum dimuktamadkan lagi dan ianya dijangka diumumkan pada hujung bulan April 2016. Antara pemain yang dijangka mewakili Malaysia kali ini adalah Lee Chong Wei, Zulfadli Zulkiffli dan Iskandar Zulkarnain.
Selamat berjuang semua wakil Malaysia di Piala Thomas dan Uber 2016.

Keputusan Undian Kumpulan Piala Thomas/ Piala Uber 2016
Berikut adalah keputusan undian kumpulan yang telah diadakan di Kunshan, China. Pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan (A hingga D) dan 2 pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke Pusingan Suku Akhir.Piala Thomas 2016
- Kumpulan A : China, Jepun, Perancis, Mexico
- Kumpulan B : Indonesia, India, Thailand, Hong Kong China
- Kumpulan C : Korea, Malaysia, England, Jerman
- Kumpulan D : Denmark, Taiwan, New Zealand, Afrika Selatan
![]() |
Sumber : BWF |
Piala Uber 2016
- Kumpulan A : China, Denmark, Sepanyol, Malaysia
- Kumpulan B : Korea, Taiwan, Mauritius, USA
- Kumpulan C : Thailand, Indonesia, Bulgaria, Hong Kong China
- Kumpulan D : Jepun, India, Australia, Jerman