Peta Operasi Mencari MH370 Koridor Utara Dan Selatan | Gerakan mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari kesembilan semalam memasuki fasa baharu apabila Malaysia meminta kerjasama 11 buah negara yang terletak di kawasan koridor utara dan selatan bagi membantu negara ini menjejaki pesawat yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lalu.
Dengan penambahan 11 buah negara itu, operasi mencari dan menyelamat MH370 membawa 239 penumpang termasuk anak kapal kini bertambah daripada 14 buah negara kepada 25 buah negara semalam.
Negara-negara di koridor utara antaranya melibatkan Pakistan, Laos, Vietnam, Kyrgyztan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan manakala bagi koridor selatan pula melibatkan negara Indonesia dan Australia - Kosmo online. Grafik sumber myMetro