Permohonan iDANATTB Terengganu Online. Anda rakyat Terengganu yang ingin memohon bantuan? Berita baik buat mereka yang layak seperti dikongsikan dari Terengganu Times, Permohonan Online bagi Transformasi Orang Muda (Bakti Remaja) menerusi laman web iDanaTTB kini dibuka mulai 15 Mac sehingga 15 April 2016. Golongan muda yang berusia 21 tahun sehingga 40 tahun berstatus bujang digalakkan memohon bantuan/ dana dibawah Kerajaan Negei Terengganu ini.
3. Bantuan Persekolahan
Sumber : Dana TTB
Semua penerima Dana Bakti Remaja pada tahun lepas diwajibkan mengisi semula melalui permohonan Online dan pemohonan baharu.
Permohonan iDANATTB Terengganu Online
Permohonan bantuan boleh di buat secara online atau manual. Berikut adalah langkah-langkah permohonan :-- Secara Online - melayari Portal Negeri Terengganu pada pautan iDANATTB (http://danattb.terengganu.gov.my).
- Secara Manual - pergi ke Pusat Bestari.com yang berdekatan di DUN masing-masing.
Langkah-Langkah Memohon
Terdapat 6langkahyang perlu dilalui semasa membuat permohonan seperti berikut, Panduan lengkap cara-cara memohon boleh dirujuk di Manual PDF :Langkah 1 : Semakan
- Semakan dibuat dengan menggunkan No. Kad Pengenalanpemohon.
Langkah 2 : Pilihan Bantuan
- Semua bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon bolehmemilih bantuan yangdibenarkan sahaja.
Langkah 3 : Syarat Kelayakan
- Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklahmempersetujui syarat-syarat tersebutbagi meneruskan permohonan.
Langkah 4 : Mohon
- Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda *. Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib diisi).
Langkah 5 : Pengesahan
- Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telahdibuat.
Langkah 6 : Cetak Permohonan
- Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonandanmenyerahkannya
kepada JKKK untuk dibuat pengesahan. JKKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. JKKK akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan
Syarat Kelayakan Permohonan iDANATTB Bakti Remaja Online
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan iDANATTB untuk permohonan Transformasi Orang Muda (TOM) atau Bakti Remaja. Syarat penuh dan kategori permohonan boleh dirujuk di Syarat Kelayakan :-- Berumur di antara 21 hingga 40 tahun.
- Belum berkahwin (bujang) pada tarikh permohonan dibuat.
- Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun).
- Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
- Pemohon terlibat dalam salah satu badan sukarela diNegeri Terengganu.
- Pemohon hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.
- Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen sebagaimana berikut :
- i) Kad Pengenalan Pemohon
- ii) Slip gaji atau
- iii) Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.
Kategori Permohonan iDANATTB Terengganu Online
1. Dana Raya- Ibu Tunggal
- OKU
- Warga Emas
- Orang Miskin
3. Bantuan Persekolahan
Jumlah Bantuan
- Bantuan raya sebanyak RM300 seorang bagi kategori orang kurang upaya (OKU), warga emas, bapa atau ibu tunggal yang tiada anak
- RM400 bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM1,500 ke bawah dan bapa atau ibu tunggal yang mempunyai anak
- Dana Bakti Remaja, RM200 akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun
Sumber : Dana TTB