Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Live Streaming Majlis Menghafaz Al-Quran 2016 Peringkat Kebangsaan

$
0
0
Live Streaming Majlis Menghafaz Al-Quran 2016 Peringkat Kebangsaan. Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-37 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Amanjaya, Meru di Ipoh, Perak dari 15 Februari hingga 20 Februari 2016. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata seramai 78 peserta dari seluruh Malaysia akan mengambil bahagian dan daripada jumlah itu, 40 adalah merupakan hafiz manakala 38 lagi adalah hafizah yang berumur antara tujuh dan 25 tahun.

Live Streaming Majlis Menghafaz Al-Quran 2016 Peringkat Kebangsaan

Sila klik JAKIM.TV atau tonton video youtube di bawah ini untuk menonton secara langsung majlis ini.
  • Tema :'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' 
  • Perasmian : Oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
  • Penyampaian Hadiah : Oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada hari penutup.

Tiga kategori dipertandingkan dalam Majlis Menghafaz Al-Quran 2016 Peringkat Kebangsaan iaitu:-

  • 1) Menghafaz juzuk satu hingga 10; 
  • 2) Menghafaz juzuk satu hingga 20 dan 
  • 3) Menghafaz juzuk satu hingga 30. 

siaran langsung Majlis Menghafaz Al-Quran 2016 Peringkat Kebangsaan

Setiap negeri menghantar enam wakil bagi semua kategori dan pemilihan peserta dibuat melalui saringan di peringkat negeri masing-masing. Othman berkata penganjuran acara itu secara tahunan menggambarkan kerajaan memandang tinggi huffaz dan seterusnya memartabatkan mereka yang menjunjung syariat Islam dalam kalangan masyarakat.

Johan, naib johan, tempat ketiga bagi kategori lelaki dan wanita akan menerima hadiah wang tunai, cenderamata dan sijil penyertaan. Orang ramai dipelawa hadir memeriahkan majlis itu yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari bagi sesi siang, manakala sesi malam berlangsung dari 8.45 hingga 11 malam. SumberBERNAMA

Siaran Langsung Majlis Menghafaz Al-Quran 2016 Peringkat Kebangsaan



Selamat menonton Live Streaming Majlis Menghafaz Al-Quran 2016 Peringkat Kebangsaan dan nantikan keputusan pertandingan pada 20 Februari 2016 nanti yang akan dikemaskini di sini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>