Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016 Online

$
0
0
Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2016 (PPISMP) - Permohonan Guru IPG 2016 Online.Anda seorang pelajar lepasan SPM/ STAM/ MATRIKULASI dan berminat untuk menjadi guru atau cikgu? Pada pertengahan bulan Februari setiap tahun ianya merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu kerana pada tarikh ini, permohonan kemasukan ke IPG akan di buka. Untuk tahun 2016, iklan untuk permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2016 (PPISMP) tajaan KPM di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG) masih belum di buka lagi. Pada kebiasaannya, iklan akan disiarkan di akhbar-akhbar utama tempatan di mana pada tahun lepas ianya adalah pada 15 Februari 2015 (AHAD). Baca syarat hendak jadi guru sebelum memohon.

Permohonan PPISMP 2016 Online Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG)

Permohonan Calon Guru PISMP 2016 masih belum di buka lagi. Pengumuman akan dibuat di Portal Rasmi KPM di bahagian pemberitahuan atau applikasi berkala. Pada tahun lepas, permohonan telah di buka secara online pada 17 Feb 2015 dan tarikh tutup adalah pada 8 Mac 2015 (jam 1159 malam). Permohonan PISMP Ambilan Jun 2015 kemudiannya telah dilanjutkan sehingga 09 Mac 2015 (Isnin) | 11:59 PM. 
  • SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN PISMP 2015 ONLINE BOLEH DI SEMAK DI PPISMP 2015
Permohonan PPISMP 2015 Online

Senarai Program Yang Ditawarkan

Berikut adalah Program yang ditawarkan:
  • 1) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • 2) Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke universiti terkemuka luar negara - bagi bidang Bahasa Arab & Pengajian Islam di Jordan & Bahasa Perancis
  • 3) Program PISMP (khas) bagi lulusan SMA/SMU di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

Cara Memohon PPISMP 2016 Online

Permohonan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016 boleh dibuat secara online dengan mengakses applikasi permohonan IPG di bawah ini :- 

Maklumat Penting Permohonan

Berikut adalah maklumat dan penting tentang permohonan. Sila pastikan anda membaca dan merujuk kepada arahan sebelum memohon :-
  • Manual Permohonan dalam PDF (*akan dikemaskini). FAQ tahun lepas di FAQ 2015
      * Peringatan kepada calon, sila pastikan :
      • Borang permohonan telah lengkap dan maklumat yang diisi adalah benar.
      • Telah membuat Pengesahan Permohonan dan menerima No Rujukan.
      • Pengesahan Permohonan boleh dibuat sehingga tarikh (*akan dikemaskini). Tahun 2015 pada 09 Mac 2015 | 11:59 PM. 

        Tarikh Penting Permohonan PPPISMP 2016 Online

        Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2016. 

        * Akan dikemaskini

        Sebagai panduan dan rujukan, berikut Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2015 yang boleh layari di IPG.
        • 15 Feb 2015 - Iklan permohonan PPISMP Ambilan Jun 2015 dalam akhbar tempatan
        • 17 Feb hingga 8 Mac 2015 - Permohonan secara online di buka
        • 24 hingga 9 April 2015 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
        •  30 Mac hingga 12 9 April 2015 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 
        • 21 20 April 2015 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian
        • 27 April hingga 7 Mei 2015 - Sesi temuduga
        • 7 Mei hingga 12 Mei 2015 -Semakan Temu Duga Khas bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 bermula dari pukul 05:00 Petang 
        • 29 Mei hingga 21 Jun 2015 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2015 
        •  22 Jun 2015 - Pendaftaran calon di IPG

        IKLAN IPG 2015. Klik SINI untuk iklan di akhbar-akhbar utama tempatan.

        Cara Hubungi IPG

        Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :    
                         
        INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
        KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
        ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
        PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA
        (u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
        No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

        Syarat Kelayakan Akademik Menjadi Guru

        Berikut dikongsikan informasi bagaimana hendak menjadi guru atau cikgu.

        A) Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

        1. Memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (khusus dalam bidang tertentu) di UA
        2. Diploma Pendidikan/ KPLI untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda kini tidak lagi ditawarkan di sebabkan telah ada program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di atas.

        B) Guru Sekolah Kebangsaan (SK)/ Sekolah Rendah


        Memohon program pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG)
        1. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) selama setahun
        2. Jika lulus PPISMP, anda layak ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) selama 4 tahun
        3. Jika anda mempunyai Ijazah Lulusan Luar Negara, pelajar boleh menyambung pengajian di PISMP tahun ke 4
        Kepada yang berminat sila bookmark page ini Permohonan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016 Online. Semoga anda semua berjaya dalam permohonan IPG 2016 ini nanti.



        Viewing all articles
        Browse latest Browse all 5604


        <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>