Keputusan Pemenang Konsert Akhir Seiras Seirama 2016. Siapa juara Seiras Seirama final Musim Pertama malam ini? Program Seiras Seirama yang bersiaran bermula 20 Disember 2015 akan sampai ke penghujungnya malam ini apabila konsert final akhir Seiras Seirama akan berlangsung jam 900 malam, Ahad, 7 Februari 2016. Tujuh finalis akan berentap untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 di Studio 1, Pusat Penyiaran Astro, Kuala Lumpur.
Program Seiras Seirama adalah program realiti hiburan dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi untuk pencarian bakat nyanyian suara persis ikon terkenal tanah air. Peserta perlu menyanyikan lagu ikon pilihan mereka dengan suara serupa seperti ikon itu. Konsert akhir Seiras Seirama akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Tahniah kepada semua Pemenang Juara Seiras Seirama Final 2016. Moga kita semua terhibur.
![]()

Senarai Finalis Seiras Seirama Final 2016
Berikut adalah 7 peserta finalis beserta ikon mereka :-- Ikon Faizal Tahir : Mohamad Azri Abdullah, 28 tahun
- Ikon Jamal Abdillah : Nor Azri Zainuddin, 47 tahun
- Ikon Hafiz Suip : Ahmad Shukri Zakaria, 24 tahun
- Ikon Ella : Fazilah Asmar, 27 tahun
- Ikon Mas Idayu : Noor Hayati Selamat, 55 tahun
- Ikon Misha Omar : Nor Amierazatyka Ayob, 21 tahun
- Ikon Ziana Zain : Azlina Aziz, 26 tahun
Keputusan Pemenang Juara Seiras Seirama Final 2016
Berikut adalah keputusan penuh senarai pemenang Seiras Seirama Final 2016 :-Format Pengadilan
- 100% Juri
- Untuk persembahan final, kesemua finalis bakal diadili oleh barisan juri profesional.
Keputusan Pemenang
Juara : Ikon Ziana Zain : Azlina Aziz (Azlin) : Hadiah wang tunai RM20,000
Tahniah kepada semua Pemenang Juara Seiras Seirama Final 2016. Moga kita semua terhibur.