Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Biodata Matias Jadue Pemain Import Baru JDT?

$
0
0
Biodata Matias Jadue Pemain Baru JDT? Siapa pemain import baru JDT? Pencarian pemain import keempat JDT untuk aksi Liga Malaysia 2016 bagi menggantikan Luciano Fiqueroa. Paulo Rangel masih belum berakhir. Terkini, nama pemain yang dikaitkan dengan JDT adalah Matias Jadue. Nama beliau telah dikaitkan untuk perpindahan ke JDT sebelum musim perpindahan pemain pertama Liga Malaysia ditutup pertengahan Februari ini. Kelab beliau iaitu Union Santa Cruz juga telah mentweet status perpindahan beliau ke Malaysia di Twitter.
Pemain # MatíasJadue meninggalkan institusi itu dan bergerak ke Malaysia untuk mencari cabaran baru. successMatijadue
Matias Jadue JDT
Beberapa laman facebook juga ada melaporkan Transfers Rumours Matias Jadue ke JDT. Status dari JDTFC, Kami difahamkan yang JDT mungkin beralih arah untuk mendapatkan pemain Naturalisasi Palestin, Matias Jadue memandangkan pemain import yang disasarkan sebelum ini iaitu Piratas dan Jò masing-masing sudah menyertai kelab di Liga Portugal dan China Super League.

Dan terbaru Kelab yang diwakili Matias Jadue iaitu Unión Santa Cruz (Chile) telah mengeluarkan tweet yang menyatakan pemain ini sudah sah meninggalkan kelab itu dan akan terbang ke Malaysia untuk menyertai salah satu pasukan di MSL.
Adakah Matias Jadue akan menyertai JDT? sama-sama kita nantikan.

Dari FB Setia Johor pula,  "BAKAL PENGGANTI RANGEL". Radar mengesan pemain ini berkemungkinan akan menyarung jersi JDT bagi menggantikan slot pemain import yang kekosongan ketika ini. Beliau mungkin akan sampai ke tanah selatan sebelum sepak mula liga malaysia bermula pada 13 Feb ini.

Biodata Matias Jadue Pemain Import Baru JDT?

Berikut dikongsikan Biodata ringkas Matias Jadue bakal pemain import baru JDT? :-
  • Nama : Matias Jadue
  • Umur : 23 Tahun
  • Tarikh Lahir : 16 Mei 1992
  • Tempat Lahir : Santiago, Chile
  • Posisi : Penyerang
  • Kelab terakhir : Deportes Santa Cruz (Liga Chile Segunda Division)
  • Tinggi : 1.88m
  • Warganegara : Chile/ Palestine
Jika rumour perpindahan ini benar, diharap gandingan Matias Jadue bersama Pereyra Diaz akan memantapkan barisan hadapan JDT pada musim 2016 nanti. Apa-apa pun nantikan pengumuman rasmi dari JDT mengenai pemain import baru mereka nanti.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>