Kerja Kursus PSV Pendidikan Seni Visual SPM 2016. Berikut adalah arahan kepada calon SPM 2016 yang mengambil subjek PSV atau Pendidikan Seni Visual, Kajian Rekaan Seni Visual Kerja Kursus Kertas 3 seperti dkongsikan dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sebanyak 9 tugasan telah diberikan dalam kerja kursus ini dan pelajar diwajibkan untuk melaksanakan satu tugasan sahaja.
Untuk informasi lanjut mengenai tajuk tugasan, panduan cara membuatnya dan sebagainya, pelajar boleh memuat turun arahan calon daripada LPM di Tugasan 2622
Kepada pelajar SPM tahun 2016 yang mengambil subjek PSV ini, semoga anda menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang.
Panduan Membuat Kerja Kursus PSV SPM 2016
Berikut dikongsikan panduan dan arahan kepada calon peperiksaan dalam menyediakan kerja kursus PSV 2016.- 1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
- 2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2016.
- 3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
- 4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
- 5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
- 6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
- 7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
- 8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkangred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
- 9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
- 10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
- 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
- menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
- 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
- 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
- masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
- 14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas
Senarai Tajuk Tugasan PSV 2016
Berikut dikongsikan maklumat mengenai kerja kursus PSV 2016 yang mengandungi tajuk, bidang dan produk tugasan. Pelajar boleh memilih satu shaja daripada 9 tugasan yang diberikan.TUGASAN | BIDANG | TAJUK | PRODUK |
---|---|---|---|
1 | KOMUNIKASI VISUAL | REKA BENTUK GRAFIK | PEMBUNGKUSAN COKLAT |
2 | REKA BENTUK | HIASAN DALAMAN | MODEL BILIK PENGINAPAN HOTEL BERTEMA |
3 | KOMUNIKASI VISUAL | REKA BENTUK GRAFIK | REKA BENTUK KORPORAT DAN PENGIKLANAN |
4 | KRAF TRADISIONAL | UKIRAN KAYU | PENYANGKUT BAJU |
5 | SENI HALUS | ARCA | ARCA |
6 | KRAF TRADISIONAL | TEMBIKAR | PASU |
7 | REKA BENTUK | REKA BENTUK INDUSTRI | PENYEDUT HAMPAGAS DWIFUNGSI |
8 | KOMUNIKASI VISUAL | ILUSTRASI | DUIT KERTAS MALAYSIA EDISI PERINGATAN |
9 | SENI HALUS | CETAKAN | CETAKAN TIMBULAN |
Untuk informasi lanjut mengenai tajuk tugasan, panduan cara membuatnya dan sebagainya, pelajar boleh memuat turun arahan calon daripada LPM di Tugasan 2622
Kepada pelajar SPM tahun 2016 yang mengambil subjek PSV ini, semoga anda menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang.