Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2016 Semua Negeri. Perayaan Tahun Baru Cina 2016 bakal tiba dan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SKHMP TBC) 2016 bakal berkuatkuasa bermula dari 3 hingga 14 Februari 2016. KPDNKK telah menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2016. Perayaan Tahun Baru Cina 2016 akan disambut pada 8 Februari 2016 di seluruh negara.
Skim Kawalan Harga ini dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan akan berkuatkuasa selama 5 hari sebelum hari perayaan, 1 hari pada hari perayaan dan 6 hari selepas hari perayaan.
Para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.
Walau bagaimanapun, peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperolehi adalah lebih rendah.
Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian ini melalui:
(i) Talian 03- 8000 8000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC)
(ii) Talian bebas tol 1-800-886-800
(iii) Emel ke alamat e-aduan@kpdnkk.gov.my
(iv) Aplikasi Ez-Adu
(v) SMS ke 15888 dengan menaip
“KPDNKK ADUAN <butiran aduan>”
(vi) Lapor/hadir ke mana-mana pejabat KPDNKK di seluruh negara
Sumber
Semoga Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2016 ini dapat membantu pengguna dalam membuat pembelian terbaik untuk persiapan utama perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Senarai Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2016
Senarai barangan bagi SKHMP TBC 2016 adalah kekal dan sama seperti tahun lepas seperti berikut:-- i) Ayam hidup
- ii) Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
- iii) Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
- iv) Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram dan 69.9 gram sebiji)
- v) Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram dan 64.9 gram sebiji)
- vi) Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram dan 59.9 gram sebiji)
- vii) Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
- viii) Bawang putih (China)
- ix) Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor)
- x) Udang putih besar (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram)
- xi) Babi hidup (*Harga maksimum di peringkat ladang sahaja)
- xii) Daging babi (perut)
- xiii) Daging babi (daging dan lemak)
Para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.
Walau bagaimanapun, peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperolehi adalah lebih rendah.
Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2016
Untuk senarai penuh harga barang kawalan mengikut negeri sila klik KPDNKK. Sila scroll kiri atau kanan sehingga anda dapat mencari negeri yang diinginkan.