Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016

$
0
0
Tarikh Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016. Sekali lagi JOHOR akan menjadi perhatian pelancong apabila Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016  akan berlangsung di Bukit Layang-Layang, Taman Bandar dan Padang Perbandaran, Pasir Gudang bermula dari 24 Februari hingga 28 Februari 2016. Pada tahun lepas, Festival popular dan best ini dirasmikan oleh DYAM Sultan Johor pada malam 27 Feb 2015.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016

  • Tarikh : 24 hingga 28 Februari 2016 
  • Tarikh Perasmian : 26 Februari 2016 jam 830 malam
  • Lokasi : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang
  • Tema : Terokai Dan Warnai Tradisi
  
Seramai 1,000 peserta luar dan dalam negara dari 42 buah negara termasuk penyertaan dari China, Indonesia, Jepun, Jerman dan Australia akanmenyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-21. Festival yang disenaraikan dalam kalendar pelancongan Negeri Johor 2016 mensasarkan kedatangan pengunjung seramai 200,000 dari dalam dan luar negara.
tarikh dan lokasi Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016


ATURCARA FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2015 - KLIK ATURCARA

Festival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia. Ia dijangka dicatat dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbanyak negara antarabangsa.
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015
Bertemakan 'Terokai dan Warnai Tradisi', festival ini dijangka menarik 200,000 pengunjungdan majlis perasmian festival itu akan diadakan pada sebelah malam, 26 Februari 2016 di Bukit Layang-Layang dengan pelbagai acara menarik disediakan kepada pengunjung termasuk persembahan layang-layang, persembahan tatu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta pertunjukan bunga api.
  
Program lain yang berlangsung sepanjang festival itu termasuk pertandingan membuat wau tradisional, pameran dan bengkel layang-layang.



Selamat berkunjung ke Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604