Tarikh Pemberian BB1M 2016 Dan Syarat Kelayakan. Berita baik buat pelajar Pra-u dan IPT apabila kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M 2016) pada pembentangan Bajet 2016 yang lalu. Sebanyak RM300 juta akan diperuntukkan kepada lebih kurang 1.2 juta pelajar yang layak iaitu sebanyak RM250 baucar setiap seorang.
Pemberian BB1M 2016 adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Garis panduan BB1M 2016 akan dikongsikan dari masa kesemasa. Untuk maklumat lanjut pelajar boleh mengakses garis panduan pemberian BB1M 2015 di BB1M 2015.
Pemberian BB1M 2016 adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN BB1M 2016
Pelajar yang layak menerima BB1M 2016 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :- a) Warganegara Malaysia;
- b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2016;
- c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2015.
- d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
- e) Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan
- f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.
TEMPOH PELAKSANAAN BB1M 2016
BB1M 2015 ini sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2016 (Tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa)KADAR BB1M 2016
Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M 2016 berjumlah RM250Garis panduan BB1M 2016 akan dikongsikan dari masa kesemasa. Untuk maklumat lanjut pelajar boleh mengakses garis panduan pemberian BB1M 2015 di BB1M 2015.