Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tarikh Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 Tahun 2016

$
0
0
Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100 Sesi Tahun 2016. Dalam pembentangan Bajet 2016, semua pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah akan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM100. Walau bagaimanapun bermula tahun 2016, bantuan persekolahan RM100 adalah terhad kepada pelajar di mana pendapatan isi rumah berjumlah RM3,000 dan ke bawah sahaja. 

Bantuan Persekolahan RM100 Tahun 2016

Bantuan Wang Persekolahan 2016 ini dijangka dapat dimaanfatkan kepada lebih kurang 3.5 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak RM350 juta. Pembayaran akan dibuat pada tarikh 20 15 Januari 2016 secara berperingkat di seluruh sekolah di Malaysia. Rujuk surat siaran dan garis panduan pemberian Bantuan Persekolahan seperti makluman di KPM.

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bantuan Persekolahan 2016

  • Tarikh : Dibayar mulai 20 Januari 2016 secara berperingkat
  • Jumlah : RM100 bagi setiap murid
  • Syarat Baru : Keluarga berpendapatan bawah RM3,000. Penjaga berpendapatan isi rumah RM3,000 dan keatas tidak layak

Syarat Kelayakan

  1. Murid warganegara Malaysia
  2. Bagi murid bukan warganegara, salah seorang ibu/ bapa/ penjaga mestilah warganegara Malaysia
  3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
  4. Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2016 di kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah

Semoga Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 Tahun 2016 ini mampu meringkan beban ibu bapa pelajar dan seterusnya membantu golongan yang berkelayakan untuk memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak mereka.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>