Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Punca Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak

$
0
0
Punca Atau Sebab Permohonan BR1M 2016 Gagal Atau Ditolak. Punca Tak Dapat BR1M? Anda seorang pemohon dan penerima sediada BR1M? Pembayaran BR1M 2016 tahun ini akan ditambah nilainya dan dibayar dalam 4 fasa pembayaran. Pasti semua pemohon BR1M 2016 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) mengharapkan permohonan mereka diterima atau diluluskan. Namun tidak semua yang memohon BR1M akan diluluskan kerana setiap permohonan baru dan kemaskini selepas tarikh tutup akan melalui proses semakan oleh agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN, KWSP, KWAP, SSM dan lain-lain lagi. Jadi apakah punca atau sebab permohonan BR1M anda gagal?

punca dan sebab permohonan br1m 2016 gagal

Punca Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak

Berikut dikongsikan punca atau sebab permohonan BR1M anda ditolak atau tidak diluluskan :-
  1. No MyKad tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk nama yang berbeza dengan data JPN.
  2. Silap mengisi borang dan maklumat tidak lengkap samada permohonan secara online atau manual. Bagaimanapun, mereka terlibat masih boleh mendapatkan bantuan tersebut setelah membuat rayuan dan melakukan pembetulan dalam borang berkaitan.
  3. Memang tidak layak kerana pendapatan melebihi syarat BR1M 2016 itu sendiri
  4. Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam permohonan individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain
  5. Memohon bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tanggungan anda
  6. Memohon bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan maklumat nama isteri/suami dengan betul dan lengkap
  7. Membuat permohonan menggunakan Mykad yang tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.
  8. Pemohon adalah penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
  9. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan permohonan
  10. Pemohon kategori bujang terdapat dalam permohonan kategori lain sebagai tanggungan kepada pemohon kategori lain isi rumah

FAQ Soalan Lazim Permohonan BR1M 2016

Untuk gambaran yang jelas mengenai siapa yang layak menerima BR1M ini, dikongsikan beberapa maklumat penting sebagai panduan pemohon.

Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2016?

Pemohon  yang layak  membuat permohonan BR1M  2016 perlulah memenuhi syarat seperti berikut:
  • i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • ii. Lelaki  atau  perempuan  yang  menjadi  ketua  kepada ahli  yang tinggal  serumah  dengan  jumlah  pendapatan  kasar  bulanan  isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • iii. Warga  emas  sebatang  kara  (berumur  60  tahun  dan  ke  atas) dengan jumlah   pendapatan   kasar   bulanan   RM4,000 dan kebawah
  • iv. Bujang  yang  berumur  21  tahun  dan  ke  atas  dengan  jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • v. Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia 

Jumlah Pendapatan

Pendapatan  terkini  saya  termasuk  gaji  bulanan,  bonus  dan  lain-lain  elaun.  Apakah  jumlah  pendapatanyang  perlu  saya  laporkan pada Borang BR1M 2016?

Anda  perlu  melaporkan  gaji kasar bulanan  dan  lain-lain  elaun  kecuali bonus bagi semua isi rumah.

Pemohon masih boleh mengemukakan rayuan kepada LHDN untuk dipertimbangkan semula dengan membuat rayuan secara manual menggunakan borang BK-07. Permohonan rayuan BR1M pada tahun lepas dibuka dari 1 Mac hingga 15 April 2015.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>