Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Semakan Tawaran SBP 2016 Tingkatan 4 Online

$
0
0
Semakan Keputusan Tawaran SBP 2016 Tingkatan 4 Online. Pemohon murid PT3 Tingkatan 3 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2016 Tingkatan 4 yang akan ditutup pada 30 Disember 2015 boleh menyemak keputusan permohonan SBP 2016 mereka dalam tempoh 30 hari dari tarikh empat (4) pelaporan PBS Tingkatan Tiga (3) iaitu keputusan rasmi PT3 2015 dikeluarkan.
Untuk makluman, keputusan tahun lepas telah diumumkan pada 18 Februari 2015. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut. 


Semakan Tawaran Terkini SBP 2015 Tingkatan 4 Online


Applikasi semakan Terkini SBP 2016 Tingkatan 4 Online 


Sila Masukkan No. MyKad dan Angka Giliran PT3 2015 dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat NO. MYKAD dan ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 calon.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.

* ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA


Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2016

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.


Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?


  • Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
  • Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman
penawaran kepada murid yang berjaya.


Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar.

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar
Didoakan semoga pemohon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP 2016 kali ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>