Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Senarai IPTS Berdaftar Malaysia Terkini

$
0
0
Senarai IPTS Berdaftar Di Malaysia Terkini. Menyambung dan memilih tempat untuk melanjutkan pengajian tinggi/ pelajaran bukanlah satu perkara yang mudah buat pelajar pada masa kini. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta atau IPTS adalah salah satu pilihan untuk menyambung pengajian tinggi selain Universiti Awam atau IPTA, Politeknik dan sebagainya. Terlalu banyak IPTS yang menawarkan pengajian kepada pelajar seperti senarai IPTS yang berdaftar di Malaysia di bawah ini.  

Antara IPTS terkenal adalah Universiti Multimedia, Uniten, UniRazak, Unisel, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan banyak lagi. Bagi mereka yang berminat untuk memasuki UA/ IPTA, Politeknik dan ILKA, anda boleh rujuk cara buat permohonan UPU 2016 online di UPU Online.

Senarai IPTS Berdaftar Malaysia Terkini

Berikut adalah senarai IPTS terkini merangkumi Universiti Swasta, Kolej Universiti Swasta, IPTS bertaraf Kolej dan Kampus Universiti Luar Negara . Informasi lain yang disertakan termasuk nama & alamat, cara menghubungi (tel, fax & email), ketua eksekutif dan perakuan pendaftaran.  Senarai daftar IPTS ini dikemaskini setakat 31 Disember 2015.

IPTS Berdaftar Malaysia Terkini

Universiti Swasta

IPTS Berdaftar Malaysia Terkini

IPTS Berdaftar Malaysia Terkini 2


IPTS Berdaftar Malaysia Terkini 3

* Untuk senarai lengkap IPTS terkini sila muat turun/ download di JPT.

Adalah diingatkan sebelum memilih sesuatu IPTS, pelajar perlu menyemak serta fahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh IPTS tersebut. Pelajar juga digalakkan melawat IPTS terlebih dahulu dan jangan terpengaruh dengan tawaran dan iklan-iklan yang disiarkan (pinjaman wang, pemberian komputer riba secara percuma dan sebagainya).

Untuk panduan pemilihan IPTS, sila rujuk panduan di Laman Sesawang Rasmi Jabatan Pengajian Tinggi. Diantara kriteria pemilihan yang perlu diambil kira adalah seperti berikut :-

  1. Perakuan Pendaftaran Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Sijil) . 
  2. Perihal Kursus Pengajian {Mod Pengajian, Akreditasi, Tempoh Validasi,
  3. Pengiktirafan Badan Profesional (Jika Perlu)}
  4. Syarat Kelayakan Masuk
  5. Yuran (Invois/ Resit Pembayaran/ Polisi/ Struktur/ Jadual Yuran)
  6. Pembiayaan Pengajian
  7. Maklumat Penarafan IPTS/ Program (Rating MyQUEST, SETARA)
  8. Peluang Melanjutkan Pengajian/Bidang Kerjaya
  9. Kemudahan/ Fasiliti/ Kaunseling/ Penginapan/ Pengangkutan/ Perpustakaan/Kokurikulum
  10. Lokasi Pengajian

Semoga Senarai IPTS Berdaftar Malaysia Terkini ini bermanfaat. Ingat, pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604