Tarikh Rasmi Semakan Keputusan UPKK 2015 Online. Anda ada anak yang menduduki peperiksaan UPKK Tahun 2015 ini? FB Bahagian Kemajuan Islam (BKI) JAKIM,memaklumkan yang pengumuman rasmi keputusan peperiksaan UPKK 2015 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan diadakan pada tarikh 15 Januari 2016 (Jumaat). Untuk makluman, peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) telah diadakan pada bulan Oktober 2015 yang lalu selepas tertangguh akibat jerebu.
Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Al-Quran, Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran serta amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat enilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain, menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.
Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri dan turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri.
Semoga berjaya buat semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPKK 2015.
![]()
Semakan Keputusan UPKK 2015 Online Dan SMS
Slip keputusan UPKK boleh diambil oleh pelajar/ ibu bapa selepas jam 300 petang di sekolah masing-masing pada Jumaat 15 Januari 2016 atau hari lain yang bergantung kepada cuti umum negeri masing-masing.Untuk makluman, tiada semakan online dan SMS ditawarkan pada tahun sebelumnya seperti semakan keputusan peperiksaan SAPS, UPSR, PT3 dan sebagainya. Untuk tahun 2015, link applikasi semakan akan dikongsikan sekiranya ada semakan secara online atau SMS disediakan.
Apa Itu Peperiksaan UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Al-Quran, Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran serta amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat enilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain, menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.
Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri dan turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri.
Semoga berjaya buat semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPKK 2015.
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)