Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Jersi Baru JDT Musim 2016

$
0
0
Gambar Jersi Baru JDT Musim 2016. Hendak tahu cantik tak jersi baru JDT bersama Adidas 2016 ini? Musim bolasepak Liga Malaysia 2016 semakin hampir untuk dimulakan dan beberapa pasukan telah membuat persiapan awal dengan memperkenalkan senarai pemain dalam musim perpindahan pemain 2016 dan seterusnya majlis pelancaran jersi rasmi baru pasukan. Dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers, majlis pelancaran jersi baru JDT musim 2016 akan diadakan pada 16 Januari 2016. Tahun lepas ianya telah diadakan pada 29 Disember 2014.  

  • Gambar jersi baru JDT Musim 2016 (Home dan Away Kit) akan dikongsikan dari masa kesemasa semasa majlis pelancaran
majlis pelancaran jersi baru jdt 2016

Majlis Pelancaran Jersi Baru JDT Musim 2016

Buat peminat pasukan JDT (Johor Darul Ta'zim) berikut adalah maklumat terkini berkenaan dengan pelancaran jersi JDT 2016 :-
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengadakan majlis pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim untuk musim 2016 pada hari Sabtu, 16hb Januari ini jam 8.45 malam bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor. Para penyokong Harimau Selatan dijemput hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama memeriahkan serta menyaksikan rekaan jersi terbaru kelab bolasepak JDT. Pastikan anda tidak terlepas untuk menjadi sebahagian daripada penyokong terawal melihat jersi terbaru ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Maklumat Penting

  • Tarikh : Sabtu, 16 Januari 2016
  • Masa : 845 malam
  • Tempat : Dataran Bandaraya Johor Bahru
Untuk makluman, JDT akan mempunyai penaja jersi terbaru iaitu Adidas yang menggantikan Nike sebelum ini. Pasukan ternama yang memakai jersi Adidas termasuk Chelsea, Bayern Munich, Man United, Juventus dan Real Madrid.

Semoga JDT akan terus maju dan berjaya dalam musim Liga Malaysia 2016 disemping cemerlang dam pertandingan bolasepak peringkat Asia.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>