Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan BR1M 2016.Hendak tahu status permohonan BR1M 2016 anda samada berjaya atau tidak? Sebenarnya terdapat bebrapa cara untuk menyemak status permohonon seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016/5.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima dengan satu kategori baru ekasih.
Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 4 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BR1M 2016 :-
3. Semakan Melalui Telefon
Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2016 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.
Sebagai makluman, berikut adalah senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016.
Semoga semua pemohon BR1M 2016 yang layak berjaya dalam permohonan anda.
Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 4 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BR1M 2016 :-
Semakan Status Permohonan BR1M 2016
1. Semak Online
- Boleh disemak di STATUS BR1M 2016. Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.
2. Semakan Melalui e-Mail
- Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.
3. Semakan Melalui Telefon
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2016 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
Kemukakan Salinan:
- MyKad bagi pemohon
- MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.
Borang Permohonan BR1M 5.0 Tahun 2016 Online
* Permohonan Online dan kemaskini BRIM 5.0 tahun 2016 akan dibuka pada 5 Disember hingga 31 Disember 2015 di https://ebr1m.hasil.gov.my/* Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
* Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma di link download di bawah ini
SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2016
BIL | NAMA BANK |
---|---|
1 | AFFIN BANK |
2 | AGRO BANK |
3 | ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD |
4 | AM BANK BERHAD |
5 | AL RAJHI BANK |
6 | BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD |
7 | BANK RAKYAT |
8 | MUAMALAT MALAYSIA BERHAD |
9 | BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) |
10 | CIMB BANK BERHAD |
11 | CITIBANK BERHAD |
12 | HONG LEONG BANK |
13 | HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD |
14 | MAYBANK |
15 | OCBC BANK |
16 | PUBLIC BANK BERHAD |
17 | RHB BANK BERHAD |
18 | STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD |
19 | UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD |
Semoga semua pemohon BR1M 2016 yang layak berjaya dalam permohonan anda.