Sinopsis Novel Bimasakti Menari Komsas Tingkatan 5 Tahun 2016. Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan teks Komsas baru 2016 yang akan digunakan oleh pelajar Tingkatan 5 Zon 3 iaitu Negeri Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Teks Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) akan digunakan selama lima tahun bermula dari tahun 2016 hingga 2020.
2. Zon 2 : Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan
3. Zon 3 : Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan
4. Zon 4 : Johor, Sabah, Sarawak Dan Labuan
Mesejabdul
Kau Ilhamku
Sila baca ulasan atau Sinopsis lengkap Novel Bimasakti Menari Tingkatan 5 ini di link yang disertakan diatas.
![]()
Senarai Judul Novel Komsas 2016 Tingkatan 5
Untuk makluman pelajar Tingkatan 5 SPM, judul novel KOMSAS mengikut zon adalah seperti berikut:Novel Tingkatan 5
1. Zon 1 : Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
- Novel Songket Berbenang Emas oleh Khairuddin Ayip
2. Zon 2 : Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan
- Tirani karya Beb Sabariah
3. Zon 3 : Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan
- Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
4. Zon 4 : Johor, Sabah, Sarawak Dan Labuan
- Silir Daksina karya Md Nizar Parman
Sinopsis Novel Bimasakti Menari Tingkatan 5
Untuk pelajar Zon 3, berikut dikongsikan sinopsis dan senarai tajuk bab Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop sebagai panduan.Ia bukannya tentang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang memang sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Pelik bukan? Sedikit cahaya pula menutup deria mata. Begitu Tuhan mencipta deria manusia dengan penuh keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa yang dapat dilihat oleh deria.Dapatkah Nurul membawa bintang-bintang itu kembali ke Kuala Selangor?
Tajuk Bab
- Bab 1: Janji Srikandi
- Bab 2: Wickham
- Bab 3: Sungai Rahsia
- Bab 4: Budiman
- Bab 5: Jiwa Ayahanda
- Bab 6: Cita-Cita
- Bab 7: Lelaki Kelip-Kelip
- Bab 8: Bebas Grid
- Bab 9: Zuriat
- Bab10: Sidang Sejuta Kelip-Kelip
- Bab 11: Lewat Satu Milenium
- Bab 12: Strategi
- Bab 13: Dendam Kembali Mekar
- Bab 14: Gelap Dalam Terang
- Bab 15: Khianat
- Bab 16: Dua Kelip-Kelip Terakhir Di Dunia
- Bab 17: Jalan Yang Ditinggalkan
- Bab 18: Kerasukan
- Bab 19: Selendang Hitam Manik Kristal
- Bab 20: Nyawa Untuk Nyawa
- Bab 21: Legasi Baju Biru
- Bab 22: Cinta Pejuang
Ulasan Novel
Sebagai panduan, pelajar atau peminat novel boleh merujuk kepada beberapa lama blog untuk ulasan novel Bimasakti Menari ini.Mesejabdul
Bimasakti Menari adalah sebuah karya yang mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya untuk menangani pencemaran cahaya. Sebagai seorang pencinta alam, saya berasa teruja untuk membaca buah tangan penulis kali ini selepas dikecewakan dengan Impuls/Roh. Tahniah kepada penulis kerana membuka pandangan pembaca tentang kepentingan menjaga kelestarian alam daripada tangan-tangan yang merosakkan dengan tujuan pembangunan.
Kau Ilhamku
Novel ini berkisar tentang Nurul Hafsa, seorang gadis graduan Universiti Jordan di dalam bidang Astronomi dan Kaji Falak. bertugas di Balai Cerap Kuala Selangor sebaik sahaja menamatkan pengajian. Nurul Hafsa pada hari pertama bekerja telah mengecewakan pelancong kanak-kanak dari Jepun yang berkunjung ke Balai Cerap semata-mata untuk menyaksikan bintang-bintang indah yang membentuk buruj di langit.beliau merasa mengecewakan para cilik tersebut kerana bintang yang diharapkan tidak muncul kerana disembunyikan langit yang terlalu terang dek PENCEMARAN CAHAYA yang berlaku di Kuala SelangorPendapat saya, ini adalah tema unggul buku ini yang ingin diangkat penulis. PENCEMARAN CAHAYA. tema yang sangat unik dan jarang dicuba oleh penulis lain. tidak hairan Sri Rahayu berjaya menggondol tempat pertama dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan untuk buku ini.
Sila baca ulasan atau Sinopsis lengkap Novel Bimasakti Menari Tingkatan 5 ini di link yang disertakan diatas.
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)