Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Rumah PR1MA Borang Pendaftaran Online

$
0
0
Permohonan Dan Pendaftaran Rumah PR1MA Online. Anda seorang yang berpendapatan sederhana dan ingin memiliki rumah yang mempunyai harga mampu milik dan berpatutan? Rumah PR1MA adalah jawapannya. Justeru itu jika merasakan diri anda layak, jangan berlengah lagi jom daftar dan isi borang Permohonan Rumah PR1MA secara Online. Sila ikuti panduan dan langkah-langkah membuat permohonan seperti dinyatakan di bawah ini.

Pendaftaran Rumah PR1MA Online

Apa Itu Rumah PR1MA

Menurut Portal Rasmi PRIMA Rumahku Komunitiku, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 dan bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama.
Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM10,000.00. Tawaran harga rumah adalah dari RM100,000 hingga ke RM400,000.

Cara Buat Permohonan Rumah PR1MA Online

1. Semak Syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat (Bujang atau berkahwin).
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan  
  • pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 10,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
2. Jika anda layak, sila ke langkah seterusnya iaitu sila klik MENDAFTAR RUMAH PR1MA.

** Peringatan

  • Pendaftaran akaun PR1MA adalah bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan yang boleh diperlukan untuk mengakses borang permohonan dan memuat naik dokumen permohonan yang diperlukan
  • Pemohon yang telah berjaya mendaftar dikehendaki menggunakan ID Pengguna dan kata laluan semasa pendaftaran untuk mengakses borang permohonan online

3. Mengisi Borang Permohonan

Sila Klik https://register.pr1ma.my/Account/Login
  • PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran. 
  • Rakyat Malaysia dari golongan pertengahan, iaitu berpendapatan dari RM2,500 hingga RM10,000, boleh terus mendaftar pada bila-bila masa.
  • Salan Lazim/ FAQ klik - FAQ PR1MA

4. Dokumen Yang Diperlukan 

Pemohon perlu menyediakan dokumen dan maklumat yang berkaitan seperti yang diminta untuk memastikan proses pendaftaran yang lancar.

5. Senarai Projek Perumahan PR1MA 

6. Keputusan Permohonan Rumah PR1MA

Pemohon yang berjaya di undi akan dihubungi melalui e-mel dan SMS
Keputusan Cabutan Undi akan dipaparkan di Laman Web PR1MA

7. Cara Hubungi PR1MA

Maklumat terkini dan sebarang pertanyaan boleh dirujuk di Laman FB PR1MA atau alamat serta telefon berikut :-
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
1st Floor, Block F, No.2, Jalan PJU 1A/7A
Oasis Square, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Pertanyaan : No Tel Pusat Panggilan: (+603) 7962 4374

Semoga panduan Permohonan Rumah PR1MA Borang Pendaftaran Online ini bermanfaat buat semua. Sila pastikan anda dapatkan informasi terkini dan benar di Laman Web PR1MA.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>