Pesawat MH370 Mungkin Terhempas Di 2 Lokasi Lautan Hindi | WASHINGTON 15 Mac - Satu analisis berdasarkan data satelit dan peralatan elektronik mendapati pesawat MH370 berkemungkinan terhempas sama ada di Teluk Benggala atau lokasi lain di Lautan Hindi, lapor CNN hari ini.
Menurut laporan syarikat rangkaian televisyen itu, analisis tersebut yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mungkin dapat mengecilkan kawasan pencarian pesawat terbabit yang hilang sejak lebih seminggu lalu.
Kedua-dua pihak menjalankan analisis secara terperinci terhadap data radar dan isyarat satelit bagi mencari petunjuk kemungkinan pesawat itu menukar haluan penerbangan merentasi Semenanjung Malaysia dan menghala ke Teluk Benggala atau lokasi lain di bahagian barat daya Lautan Hindi. - AGENSI