Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

LTDL 2016 Jadual Dan Keputusan Perlumbaan

$
0
0
Jadual Laluan Dan Keputusan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016. Siapa juara LTDL 2016? Jelajah berbasikal terunggul di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL), edisi ke-21 akan kembali bermula dari 24 Februari hingga 2 Mac 2016. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah penaja utama LTdL 2016 dengan Ciclista Sports Sdn Bhd akan menjadi penganjur. Menurut Laman Web Rasmi LTdL, jarak keseluruhan adalah sejauh 1,182.4 kilometer iaitu bermula dari Kangar dan berakhir di Melaka. 

Jadual perlumbaan LTdL 2016 boleh dirujuk di bawah ini manakala keputusan perlumbaan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

keputusan ltdl 2016


Jadual Laluan Perlumbaan LTDL 2016

Berikut adalah laluan perlumbaan LTdL 2016 yang akan dimulakan pada hari Selasa untuk pengenalan pasukan. Perlumbaan akan dilangsungkan selama 8 peringkat bermula dari Kangar pada Rabu, 24 Februari dan berakhir di Melaka pada hari Rabu, 2 Mac 2016.

NOPERINGKATTARIKHNAMA LALUANJARAK DALAM KM
1Peringkat 1 24 FEBRUARI 2016KANGAR KE BALING165.5
2Peringkat 225 FEBRUARI 2016SUNGAI PETANI KE GEORGETOWN159.8
3Peringkat 3 26 FEBRUARI 2016KULIM KE KUALA KANGSAR107
4Peringkat 4 27 FEBRUARI 2016IPOH KE CAMERON HIGHLANDS129.5
5Peringkat 528 FEBRUARI 2016TAPAH KE KUALA LUMPUR149.9
6Peringkat 6 24 FEBRUARI 2016PUTRAJAYA KE REMBAU147.6
7Peringkat 7 1 MAC 2016SEREMBAN KE PARIT SULONG203.2
8Peringkat 82 MAC 2016BATU PAHAT KE MELAKA119.9

Keputusan Perlumbaan LTDL 2016

* akan dikemaskini semasa kejohanan berlangsung


Apa yang menarik kali ini adalah tiadanya laluan di Langkawi dan buat pertama kalinya Melaka dipilih sebagai destinasi terakhir LTdL 2016. Ini merupakan peluang terbaik buat Melaka yang merupakan destinasi cuti sekolah terbaik di Malaysia.

Selamat berjuang buat semua pelumba profesional dari Malaysia dan seluruh dunia untuk menjadi juara LTdL 2016 yang berprestij di Asia ini.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>