Permohonan Kemasukan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017. Berbeza dengan IPTA yang lain, Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai proses permohonan tersendiri. Permohonan untuk mengikuti program pengajian di USM adalah SECARA TERUS ke USM tanpa melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (UPU) bagi Ijazah Pertama. Jika anda seorang pelajar lepasan Matrikulasi / Asasi, STPM atau Diploma dan ingin meneruskan pengajian di USM, berikut disertakan cara ringkas dan mudah bagaimana untuk memohon kemasukan ke USM seperti dipetik dari laman web Pohon @ USM.
Cara Buat Permohonan Ke USM 2016
Application to First Degree in Universiti Sains Malaysia Academic Session 2015/2016
Langkah-Langkah Permohonan USM Online
Selain permohonan USM, anda juga boleh membuat permohonan ke UA/ IPTA lain melalui Permohonan UPU online.
Semoga panduan Permohonan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017 ini bermanfaat kepada semua.
Cara Buat Permohonan Ke USM 2016
1.Tarikh Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM)
Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2016/2017 akan dimaklumkan kemudian. Tahun lepas ianya dibuka bermula dari 23 Januari 2015.Application to First Degree in Universiti Sains Malaysia Academic Session 2015/2016
- * Akan dikemaskini
- Tahun 2015 - Date: 23 January - 12
7April 2015 (Tentative) - Saluran Perdana permohonan terbuka kepada :
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015
2. Lepasan STPM 2015
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.
Langkah-Langkah Permohonan USM Online
- 1.1 Calon-calon perlu mendaftar melalui applikasi permohonan di laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
- 1.2Calon perlu membeli nombor PIN USM PERDANA [RM40] di mana-mana cawangan BSN terlebih dahulu sebelum melakukan proses pendaftaran.
- 1.3Calon akan diberikan nombor Rujukan selepas melakukan pendaftaran.
- 1.4 Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
- 1.5 Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi Uitm/PASUM dan STPM, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/setaraf.
- 1.6Program pengajian Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Sains Farmasi, Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetitif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
- 1.7Calon-calon tidak akan ditawarkan program pengajian yang tidak dipohon.
Selain permohonan USM, anda juga boleh membuat permohonan ke UA/ IPTA lain melalui Permohonan UPU online.
2.Permohonan di IPTA lain
Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi. Tarikh permohonan adalah dari 18 Januari hingga 4 April 2016. Panduan Permohonan dan link permohonan boleh dirujuk di Permohonan UPU 20163.Calon Yang Berjaya Ditawarkan Tempat Di USM
Calon perlu mengesahkan penerimaan atau penolakan terhadap tawaran yang diterima dari USM. Sekiranya calon tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran.4.Maklumat Am Permohonan
- 4.1 Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
- 4.2 Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai akhir bulan April dan boleh disemak di laman web http://pohon.usm.my
- 4.3 Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temuduga adalah di bawah tanggungan calon.
Semoga panduan Permohonan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017 ini bermanfaat kepada semua.