Permohonan UPU Ke IPTA/UA ILKA Dan Politeknik Sesi 2016/2017 Online. Berikut adalah panduan penting berkenaan dengan Permohonan UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2016/2017. Borang Permohonan UPU2016/ 2017 juga di buka untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2016.
* Tarikh tahun lepas dalam kurungan ( ) sebagai panduan kepada pemohon
* Tarikh permohonan tahun 2016/ 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa
Gambarajah di bawah ini mungkin dapat membantu dengan lebih jelas cara buat permohonan ke UPU.
Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Oleh itu kepada pemohon yang berminat dan layak, sila bookmark page ini untuk maklumat lanjut permohonan UPU 2016/ 2017 online.
![]()
* Tarikh permohonan UPU 2016/2017 akan diumumkan kemudian selepas pengumuman rasmi dari UPU. Jika menurut Laman Web BSN, tarikh pembelian PIN Unik UPU adalah pada 18 Januari 2016 hingga 4 April 2016 dimana pada tahun lepas, tarikh buka permohonan adalah pada 19 Januari 2015.Iklan permohonan akan dikeluarkan awal di akhbar utama tempatan sebelum Sistem Permohonan UPU 2016/ 2017 Online IPTA ILKA Dan Politeknik dibuka pada tarikh yang sama dengan tarikh pembelian PIN Unik ID BSN. Kebiasaannya pada bulan Jun/Julai adalah sesi kemasukan ke program asasi/diploma/sijil bagi lepasan SPM yang mana proses permohonan bermula seawal Januari (pembelian no pin) dan akan ditutup 2 - 3 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.
- PEKELILING PERMOHONAN UPU Online KEMASUKAN KE UNIVERSITI
AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) - Sila Klik Panduan Permohonan UPU Online
BORANGPERMOHONAN KE IPTA SESI 2016/ 2017
JENIS PERMOHONAN | LINK | TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP |
MELALUI UPU UNTUK KE IPTA, POLITEKNIK, ILKA | http://upu.moe.gov.my/web/ | 18 Januari 2016 (Mula 12 tengahari) | 5 April 2016 (Sehingga 4 petang) |
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) | https://pohon.usm.my/ | akan dikemaskini | akan dikemaskini |
UNIVERSITI MALAYA (UM) | https://myum-id.um.edu.my/ | akan dikemaskini | akan dikemaskini |
TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU
Berikut adalah tarikh penting permohonan UPU2016/2017 online.TARIKH | PERKARA |
17 Januari 2016 (18 Jan 2015) | Iklan Permohonan Dalam Akhbar Tempatan |
18 Januari 2016 bermula 12 tengahari (19 Jan 2015) | Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan Permohonan online UPU di upu.mohe.gov.my |
5 April 2016, 4 Petang (12 April 2015 (600 petang)) | Tarikh tutup permohonan UPU |
18 Januari hingga 4 April 2016 (19 Jan 2015 - 12 April 2015) | Permohonan Fasa 1 - Cara kemaskini Borang Permohonan UPU online di Kemaskini UPU |
Minggu ke 4 Mei 2016 (Minggu pertama Mei 2015) | Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA Link semakan UPU 2015-2016 |
(1 hingga 6 Mei 2015) | Pengemaskinian maklumat permohonan Fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf |
(Minggu ke 2 Mei 2015) | Hebahan keputusan Kemasukkan ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA.Tarikh semakan (akan dikemaskini) di http://upu.moe.gov.my/web/ |
(2 Jun 2015) | Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM / setaraf |
(3 hingga 9 Jun 2015) | Pengemaskinian permohonan Fasa 2 di buka bagi pemohon lepasan Matrikulasi / Asasi |
(Minggu ke 2 Jun 2015) | Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf |
(15 Jun 2015) | Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf |
(23 Jun 2015) | Pendaftaran Pelajar Ke Kolej Komuniti |
(7 hingga 14 Julai 2015) | Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/ Metro dan ILKA kecuali CIAST |
(Minggu ke 2 Ogos 2015) | Hebahan keputusan kemasukan STPM / Setaraf |
(1 hingga 2 September 2015) | Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/ setaraf |
(6 hingga 12 September 2015) | Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/ setaraf |
(17 September 2015) | Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan STPM/ setaraf |
* Tarikh tahun lepas dalam kurungan ( ) sebagai panduan kepada pemohon
* Tarikh permohonan tahun 2016/ 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa
Cara Buat Permohonan Menerusi UPU
Permohonan ke IPTA, Politeknik & ILKA melalui UPU hanya boleh di pohon secara online. Berikut adalah cara-cara membuat permohonan kemasukan :-Cara Membuat Permohonan Menerusi UPU
LANGKAH | PERKARA | |
LANGKAH PERTAMA | Beli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. | Cara beli klik PIN UNIK UPU BSN |
Kategori A | Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA | |
Harga No. Unik ID Kategori A ialah 15.64 | ||
Kategori B | Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik | |
Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64 | ||
LANGKAH 2 | Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut: | http://upu.mohe.gov.my/web/ |
Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan. | Cara Pengiraan Merit Kemasukan Ke IPTA terkini 2016 - klik KIRA |
Gambarajah di bawah ini mungkin dapat membantu dengan lebih jelas cara buat permohonan ke UPU.
Syarat Am Permohonan
SYARAT PERMOHONAN
PROGRAM | SYARAT AM |
A. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf | 1. Warganegara Malaysia dan |
2. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM. | |
3. Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera: | |
4. Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja. | |
5. Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera. | |
B. Program Lepasan STPM/Setaraf | 1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia. |
2. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan. | |
3. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan | |
4. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya: | |
5. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan | |
6. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau | |
7. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau | |
8. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau | |
9. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau | |
10. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan | |
11. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET). |
Kategori Permohonan
Kategori permohonan untuk semua pemohonadalah seperti berikut (Akan dikemaskini dari masa kesemasa):KATEGORI PERMOHONAN
Kategori Permohonan | JENIS |
Pemohon lepasan SPM/Setaraf | 1. Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja. |
2. Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2014 atau 2013. | |
3. Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA. | |
4. Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015 SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015 SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014 | |
Pemohon lepasan STPM/Setaraf | Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2014. |
Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2014. | |
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM | Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM. |
Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM. | |
Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM. | |
Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL). | |
Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM. | |
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM. | |
Lepasan Diploma/Setaraf | Kategori E • Aliran Sastera. |
Kategori F • Aliran Sains: | |
Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau, | |
Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2012 atau sebelumnya atau, | |
Lulusan STPM Ulangan atau, | |
Lulusan Matrikulasi Sesi 2013/2014 dan sebelumnya atau, | |
Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya atau, | |
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau, | |
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau, | |
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA. | |
Lepasan STAM | Pelajar Lepasan STAM tahun 2013 atau 2014 sahaja. |
Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT. | |
Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA. |
Cara Menghubungi UPU
Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.moe.gov.my/web/. Juga di INSTAGRAM @kemasukanbpkpMaklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
* Maklumat Permohonan UPU Ke IPTA Politeknik Dan ILKA Sesi 2016/ 2017 Online di atas akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada sebarang perubahan.
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)