Paulo Rangel Ke JDT? Terdapat khabar angin yang mengaitkan perpindahan pemain import dari Brazil, Paulo Rangel ke JDT bagi menggantikan Luciano Figueroa di JDT untuk musim Liga Malaysia 2016. Walau bagaimanapun, khabar angin ini mungkin tidak benar kerana JDT telah dikaitkan dengan beberapa pemain ternama sebelum ini dan mereka akan hanya mengumumkan senarai pemain JDT 2016 pada pertengahan musim perpindahan pemain 2016 iaitu jangkaan pada pertengahan Januari 2016.
Sebelum ini pada awal tahun 2015, Tengku Mahkota Johor (TMJ) ada menyatakan yang beliau meminati Paulo Rangel yang merupakan salah seorang penyerang import berbisa dan pernah mewakili Perak, Selangor dan Terengganu sebelum digantung oleh FAM selama 6 bulan bermula Jun 2015 kerana didapati bersalah menendang bola ke arah penolong pengadil tambahan kedua dan menolak badan pengadil.
Berikut adalah sedikit Biodata Paulo Rangel buat panduan kaki bola semua di Malaysia :-

- Nama : Paulo Rangel do Nascimento Gomes
- Tarikh Lahir : 4 Februari 1985
- Tempat Lahir : Belém Brazil
- Umur : 30 tahun (2015)
- Tinggi : 1.88 meter
- Warganegara: Brazil
- Posisi: Striker - Centre Forward
- Kelab lama : Muangthong United, Perak, Selangor, Terengganu