Permohonan Kemasukan UiTM 2016/ 2017 Online Sesi Akademik 1. Permohonan kemasukan pelajar ke UiTM Sesi Akademik 1 2016/2017 masih belum dibuka lagi. Jangkaan permohonan UiTM 2016 online dibuka adalah pada minggu kedua Januari 2016. Tahun lepas ianya telah dibuka bermula dari 12 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015. Maklumat terkini dan iklan kemasukan akan diumumkan di http://online.uitm.edu.my/
Untuk makluman, permohonan kemasukan UiTM adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Untuk maklumat lanjut sila layari : http://pengambilan.uitm.edu.my atau hubungi
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http:// pengambilan.uitm.edu.my/
![]()
- PERMOHONAN UPU KE IPTA SESI 2016/ 2017 SILA KLIK Permohoan UPU 2016
Untuk makluman, permohonan kemasukan UiTM adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
** Tarikh rasmi permohonan ke UiTM 2016 dibuka akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman dari pihak UiTM.
Syarat Permohonan Kemasukan UiTM 2015/ 2016 Sesi Akademik 1
- 1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui http://online.uitm.edu.my bermula dari * tarikh akan dikemaskini(Tahun lepas pada 12 Januari 2015 (Isnin)).
- 2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014
- 3. Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula ** Januari 2016 hingga ** Mac 2016 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum ** Januari 2016 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
- 4. Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN/PROFESIONAL/ PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN.
- 5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, TIADA pemulangan bayaran.
Syarat Am Permohonan Ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM):
- 1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
- 2. Bumiputera Warganegara Malaysia
- 3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
- 4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
- 5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
- 6. Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN MEMOHON keperingkat pengajian yang sama kecuali pada peringkat yang lebih tinggi.
Untuk maklumat lanjut sila layari : http://pengambilan.uitm.edu.my atau hubungi
Bahagian Pengambilan PelajarNo Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174
Aras Bawah Bangunan UIC
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http://
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)