Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online

$
0
0
Cara Buat Permohonan PTPTN Secara Online. Untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam atau Swasta kini lebih mudah dengan adanya pinjaman pendidikan PTPTN. Sila rujuk panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online di bawah ini untuk keterangan lanjut. Untuk makluman, fungsi utama PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran kepada pelajar di Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Malaysia. 

PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan pembayaran balik secara berjadual. PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan produk tambahan yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. 

cara buat permohonan online ptptn

Berikut adalah cara-cara memohon pinjaman pendidikan PTPTN secara online yang dikongsi dari dari Portal Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tabung Nasional (PTPTN).

Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN

  • Applikasi Permohonan : Sila Klik PTPTN Online. 
  • Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.

 

Cara Memohon pembiayaan pendidikan PTPTN secara online

Berikut diantara langkah-langkah untuk memohon PTPTN beserta syarat-syarat dan panduan permohonan :-
  1. Pelajar yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i diminta untuk membuka akaun di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Agrobank bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i SERTA MERTA.
  2. Pelajar yang membuka akaun SSPN-i di Maybank dan Bank Rakyat boleh membuat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN pada hari yang sama manakala bagi pembukaan akaun SSPN-i yang dibuat di Bank Islam dan Agrobank, permohonan pembiayaan pendidikan hanya boleh dilakukan pada keesokan harinya.
  3. Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.
  4. Hanya pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan ke IPT boleh memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
    Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan secara atas talian (online):
  5. Memenuhi syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN.
  6. No PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.
  7. Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN.
  8. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal / berhenti / mendapat penaja lain / membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.
  9. Hanya satu permohonan sahaja boleh dibuat dalam satu-satu masa.
  10. Bagi pemohon yang baru pertama kali hendak menggunakan sistem permohonan secara atas talian (online), sila daftarkan permohonan anda dengan mengisi maklumat nombor PTPTN pada menu PENDAFTARAN KALI PERTAMA dan menekan butang DAFTAR. Pemohon tidak perlu memilih menu tersebut bagi penggunaan seterusnya (hanya perlu daftar masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman web dan menekan butang LOG MASUK).
  11. Pemohon mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Ya" bagi tujuan pengesahan permohonan. Setiap permohonan yang telah disahkan TIDAK boleh dibuat pindaan dan pemohon dikehendaki membeli nombor PTPTN yang baru untuk membuat permohonan baru.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>